Beberapa Gambar Sekitar Gerakerja Di Kawasan Jerai


SILA TEKAN PADA GAMBAR UNTUK MAKLUMAT PROGRAM. TEKAN KEMBALI UNTUK MULAKAN GAMBAR-GAMBAR SEKALI LAGI. Created by TCF

Tuesday, September 1, 2009

Masih Ada Yang Sayang - Program Cari DUN Sg Limau







Pada 10 Julai 2009, saya telah menganjurkan satu majlis taklimat dan pelancaran Program Cari untuk kawasan DUN Sg Limau di Dewan Orang Ramai Padang Lumat. Saya telah menjemput kesemua Ketua-Ketua Cawangan, Pengerusi-Pengerusi JKKKP dan Setiausaha untuk hadir mendengar taklimat mengenai Program Cari Jabatan Kebajikan Masyarakat yang telah disampaikan oleh Encik Adnan, JKM Kedah.
Alhamdulillah, sambutan yang diterima amat menggalakkan. Ramai ketua-ketua cawangan ini telah turun ke kampung masing-masing dan mencari individu-individu yang memerlukan bantuan. Mereka ini ramainya terdiri daripada OKU, Warga Emas yang tiada tempat bergantung, ibu tunggal yang mengalami kesempitan hidup dan sebagainya.

Setelah mengumpul segala maklumat, saya telah berbincang dengan Tn Hj Zulkifli, Pengarah JKM negeri Kedah. Saya ingin menyatakan respons dan tindakbalas Tn Hj Zul dan pegawai-pegawai JKM adalah amat cepat sekali, melepasi jangkaan saya. Saya berhubung dengan beliau pada hari Sabtu, berjumpa hari Selasa dan beliau telah mengambil keputusan untuk menjalankan proses siasatan setiap kes secara menyeluruh pada hari Khamis. Beliau telah menggerakkan seramai 140 orang pegawai-pegawai JKM dari seluruh Kedah untuk turun berkampung di Sg Limau khususnya dan Guar Chempedak serta Gurun yang menghantar beberapa permohonan juga. Ramai Ketua Cawangan juga turut membantu untuk menunjukkan rumah-rumah serta memberi latarbelakang pemohon-pemohon.

Alhamdulillah, dianggarkan sebanyak 150 permohonan telah berjaya. InsyaAllah para pemohon ini akan mendapat wang sara diri mereka dalam masa terdekat ini sebelum Hari Raya. Moga ini akan menceriakan dan menjadikan sambutan Raya mereka lebih bermakna.

Saya amat menghargai segala usaha dan penat lelah dari semua pihak terutamanya Y Bhg Dato Ismail Arshad yang telah membantu dengan dewan beliau untuk taklimat, AJK beliau, ketua-ketua dan setiausaha cawangan kesemuanya dan seluruh warga Jabatan Kebajikan Masyarakat kerena telah membantu saya dalam tugasan saya. Tidak lupa kepada saudara saya, seorang ketua cawangan dan AJK Bahagian, yang tidak ingin dinamakan yang telah menyumbang makan dan minum secara ikhlas untuk para petugas.Ramai lagi yang telah membantu yang mungkin tidak saya sebut di sini, namun saya mendoakan Allah swt membalas segala budi dan jasa setiap seorang.

Alhamdulillah, saya bersyukur kehadrat Allah swt kerana telah dapat membantu mereka yang memerlukan bantuan melalui Agensi Kerajaan Pusat yang ditunjangi oleh UMNO.

Masih ada yang sayang. Masih ramai yang ingin membantu.

2 comments:

ABC said...

wow, tx for series of stories on what happens on the ground (with pictures some more), tuanku.
keep 'em up!

ezani said...

Salam

Well done, Ikmal! Keep it up! Kalau UMNO and you terus berjasa macam ni, I might change my mind about UMNO. Keep it up!

Ezani