Beberapa Gambar Sekitar Gerakerja Di Kawasan Jerai


SILA TEKAN PADA GAMBAR UNTUK MAKLUMAT PROGRAM. TEKAN KEMBALI UNTUK MULAKAN GAMBAR-GAMBAR SEKALI LAGI. Created by TCF

Thursday, December 31, 2009

Program KEMAS






Lebih kurang dua minggu lalu saya telah dijemput untuk marasmi tutup dan menyampaikan sijil di dalam satu program KEMAS Yan yang memberi pengisian pelbagai kemahiran dan pengetahuan kepada peserta-peserta Wanita dari beberapa kampung di DUN Guar Chempedak dan DUN Sg Limau. Kemahiran ini memberi para peserta kelebihan dalam menganyam, membuat barang barang kraftangan, memasak dan juga menjahit.

Alhamdulillah, program-program seperti ini juga dapat digunakan untuk menambah pendapatan para peserta yang lulus dengan cara berniaga kecil-kecilan. Pada masa sama, saya amat bersetuju dengan program sebegini rupa yang merupakan program menambahkan ilmu sepanjang hayat dan tidk hanya berhenti selepas meninggalkan bangku sekolah.

Saya bersyukur kepada Allah swt dan berterimakasih kepada KEMAS Yan atas program ini. Diharapkan lebih banyak prgoram sebegini rupa dapat dijalankan dalam usaha kita semua membangunkan modal insan seterusnya membangunkan kawasan kita.

Program Intelek Desa





2 minggu lepas pelajar-pelajar DPLI UPSI telah mengadakan satu program anak angkat dipanggil Program Intelek Desa di Kampung Batu 2. Program telah berjalan selama 3 hari 2 malam di mana mereka tinggal dirumah rumah keluarga angkat dan menjalankan pelbagai aktiviti di kampung. Peserta-peserta dari UPSI ini merupakan mereka yang sedang menjalankan pengajian dan latihan untuk menjadi guru dan kehadiran mereka bukan sahaja sekadar menjalankan aktiviti-aktiviti biasa tetapi telah dapat memberi pengisian, ilmu dan semangat kepada anak-anak kampung yang masih lagi belajar.

Saya berharap silaturrahim yang dijalinkan dapat kita teruskan dan kukuhkan lagi. Saya juga berharap mereka dapat terus berhubung , walaupun sebulan sekali bertanya khabar, lebih-lebih lagi kepada adik-adik angkat mereka. Ini akan membakar semangat adik-adik mereka untuk belajar dan berjaya sepertimana abang-abang dan kakak-kakak angkat mereka masuk ke Universiti.

Terimakasih Saiful yang membantu menggerakkan program Intelek Desa ini, terimakasih Pak Su Ismail sebagai ketua kg Bt 2, Azizah dan semua yang menjayakan program Intelek Desa di Kg Bt 2.

Wednesday, December 30, 2009

Program Cari JKM - Kaji semula





Lanjutan kepada Program Cari Siri I yang dijalankan bersama JKM dalam bulan Ramadhan dimana lebih kurang 108 orang telah dikenalpasti dan menerima bantuan JKM, UMNO Bahagian telah bekerjasaam sekali lagi dengan JKM untuk mengkaji semula kesemua kes-kes yang ditolak dalam Siri I serta beberapa lagi kes baru.

Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Allah swt dan berterimakasih kepada Kerajaan Pusat kerana menyediakan Program Cari yang banyak membantu mereka yang susah dan memerlukan. Walaupun Program Cari ini akan tamat tempoh dalam masa terdekat ini, namun saya yakin Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga akan meneruskan usaha-usaha seperti ini walau dalam apa bentuk juapun.

Saya juga berterimakasih banyak kepada JKM Negeri dan Yan yang banyak membantu serta berusaha keras dalam mengurangkan beban keluarga-keluarga yang daif. Moga banyak lagi yang dapat kita usahakan kerana Allah swt demi membantu rakyat yang memerlukan.


Tuesday, December 1, 2009

Program Belia di Titi Hayun





Pada 22 November 2009, saya telah berjumpa dengan belia-belia dari pelbagai kampung di dalam DUN Gurun dan Guar Chempedak di Titi Hayun. Mereka telah menjalankan program Karnival Belia anjuran JASA yang bermula di Gurun dan berkonvoi masuk ke beberapa kampung dan diakhiri dengan sukaneka di Titi Hayun. Seronok melihat keceriaan dan kebersamaan mereka dalam menjalankan aktiviti. Saya juga telah berdialog dengan mereka untuk mendengar pendapat dan idea - idea bagaimana untuk terus menggiatkan lagi belia di kawasan. Alhamdulillah banyak pendapat bernas dan idea yang telah diluahkan dan akan kita berusaha sama-sama terjemahkan.

Terimakasih saya ucapkan kepada JASA parlimen Jerai dan JASA negeri. Terimakasih dan tahniah kepada semua , lebih-lebih lagi belia yang aktif dan ceria mengambil bahagian.