Pada 22 November 2009, saya telah berjumpa dengan belia-belia dari pelbagai kampung di dalam DUN Gurun dan Guar Chempedak di Titi Hayun. Mereka telah menjalankan program Karnival Belia anjuran JASA yang bermula di Gurun dan berkonvoi masuk ke beberapa kampung dan diakhiri dengan sukaneka di Titi Hayun. Seronok melihat keceriaan dan kebersamaan mereka dalam menjalankan aktiviti. Saya juga telah berdialog dengan mereka untuk mendengar pendapat dan idea - idea bagaimana untuk terus menggiatkan lagi belia di kawasan. Alhamdulillah banyak pendapat bernas dan idea yang telah diluahkan dan akan kita berusaha sama-sama terjemahkan.
Terimakasih saya ucapkan kepada JASA parlimen Jerai dan JASA negeri. Terimakasih dan tahniah kepada semua , lebih-lebih lagi belia yang aktif dan ceria mengambil bahagian.
4 comments:
Brader Ik,
wah, syiok nampaknya mereka berprogram ni. dan anda pun nampaknya khusyuk bertemu orang desa.
alhamdulillah. tak payah berlantang suara, asal lantang bekerja.
Bagus. Belia wajib didekati.herchi
salam ziarah..http://pemikirpolitik.blogspot.com
ya..dekati mereka sebaik mungkin...harapkan pemuda jerai berlagak ja lebih..yang depa tau cari projek sana projek sini..pemuda cawangan pun sama ja..yang depa nak hanya duittt...hampeh..
Post a Comment