Lebih kurang dua minggu lalu saya telah dijemput untuk marasmi tutup dan menyampaikan sijil di dalam satu program KEMAS Yan yang memberi pengisian pelbagai kemahiran dan pengetahuan kepada peserta-peserta Wanita dari beberapa kampung di DUN Guar Chempedak dan DUN Sg Limau. Kemahiran ini memberi para peserta kelebihan dalam menganyam, membuat barang barang kraftangan, memasak dan juga menjahit.
Alhamdulillah, program-program seperti ini juga dapat digunakan untuk menambah pendapatan para peserta yang lulus dengan cara berniaga kecil-kecilan. Pada masa sama, saya amat bersetuju dengan program sebegini rupa yang merupakan program menambahkan ilmu sepanjang hayat dan tidk hanya berhenti selepas meninggalkan bangku sekolah.
Saya bersyukur kepada Allah swt dan berterimakasih kepada KEMAS Yan atas program ini. Diharapkan lebih banyak prgoram sebegini rupa dapat dijalankan dalam usaha kita semua membangunkan modal insan seterusnya membangunkan kawasan kita.
3 comments:
Salam Ikmal,
Semuga tahun juara rakyat ini Ikmal lebih gigih dalam mendampingi dan mengambil tahu nurani rakyat JERAI
Yang saya tau, kamu duduk kat kuala lumpur. Terkejut tengok banyak program dan gerakan yang dah dibuat. macamana bahagi masa sampai banyak boleh buat? Baguslah kalau macam tu. Itulah orang kata, kalau nak buat boleh buat. ni yang duduk kat kedah pun buat banyak pasai apa
pembetulan - ni yang duduk kat kedah pun tak buat banyak pasai apa. orang duduk kl boleh buat kerja, yang kat kedah buat apa?
Post a Comment