Beberapa Gambar Sekitar Gerakerja Di Kawasan Jerai


SILA TEKAN PADA GAMBAR UNTUK MAKLUMAT PROGRAM. TEKAN KEMBALI UNTUK MULAKAN GAMBAR-GAMBAR SEKALI LAGI. Created by TCF

Tuesday, September 15, 2009

Program Jejak Akar - Masih Ada Yang Sayang





Dalam bulan Jun lepas, saya telah melawat sebuah rumah di Kampung Manggol, Batu 13, DUN Sg Limau. Ini adalah sebahagian dari gerakerja menjejak akar saya yang dilakukan secara berterusan dengan menziarahi warga-warga emas, OKU, ibu tunggal dan sesiapa yang memerlukan bantuan melalui ketua ketua cawangan. Ketua UMNO Cawangan di sana, Saudara Shukri telah membawa saya ke beberapa rumah termasuk rumah Encik Samsu Bin Mat, 78 tahun yang tinggal bersama isterinya. Anaknya tinggal bersebelahan tetapi juga tidak berkemampuan dan penerima rumah PPRT (Projek Perumahan Rakyat Termiskin).

Sesampai saya dirumah tersebut, saya amat sedih. Rumahnya memang nampak luas, tetapi terlalu kekurangan serba-serbi. Lantainya adalah simen yang teramat nipis dan sebenarnya seperti berlantaikan tanah. Rumahnya yang dulu berdindingkan kayu, kini diganti hanya dengan guni-guni di tempat-tempat kayu reput untuk menghalang hujan dari masuk. Dan bumbungnya, jikalau dirumah-rumah lain yang saya pergi ada sedikit sebanyak kebocoran di sana sini dan perlu diganti beberapa keping zink bumbung supaya hujan tidak masuk, namun rumah Encik Samsu kalau hujan tetap akan masuk kerana ada lubang yang besar yang tidak ditutup.

Semasa saya ke kawasan dapur, saya amat sedih. Dinding di belakang rumah hanyalah jaring pukat dan guni tanpa adanya dinding kayu kerana tidak mampu. Saya juga difahamkan dari Sdr Shukri bahawa kadang-kadang Encik Samsu akan berjumpa beliau dan meminta sedikit duit untuk membeli beras dan lauk bagi makanan mereka sekeluarga.

Alhamdulillah, setelah berbincang dengan Sdr Shukri yang jufa Ketua Cawangan UMNO di situ, saya difahamkan beliau telah memohon bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk Encik Samsu. Saya kemudiannya telah pergi berjumpa dengan pengarah Pejabat Pembangunan Negeri yang di bawah Kerajaan Pusat, Encik Hadzir untuk merayu beliau meluluskan peruntukan membina sebuah rumah baru. Biar kecil namun selesa, bersih dan selamat. Alhamdulillah, Encik Hadzir, setelah melihat gambar-gambar dan kertas kerja yang disediakan terus meluluskan peruntukan.

Pembinaan telah bermula hujung bulan Julai dan siap pada 13 Ogos 2009. Encik Samsu juga telah mendapat bantuan dari JKM sebanyak RM300 sebulan hasil dari usaha ketua cawangan beliau. Dan semasa saya melawat beliau baru-baru ini, terlihat di muka Encik Samsu dan keluarga satu keriangan. Walaupun masih menggunakan tungku untuk masak (orang tua – tak nak pakai dapur gas), namun saya seronok tungku berasap dan sedang memasak sesuatu, untuk berbuka puasa saya rasa. Boleh dirasakan kelainan yang amat ketara semasa lawatan saya berbanding dengan pertama kali saya melawat.

Alhamdulillah, saya bersyukur dan berterimakasih tidak terhingga kepada semua yang telah menjayakan ibadah ini. Encik Hadzir (pengarah SDO), Sdr Shukri (ketua Cawangan UMNO Bt 13), belia-belia kampung yang telah bergotong royong membina rumah dan menyampaikan bantuan beras kepada Encik Samsu, pegawai-pegawai saya dan semua yang tidak mungkin saya dapat sebut satu persatu.

Alhamdulillah saya bersyukur kepada Allah swt kerana telah memberi saya peluang dan hidayah untuk membantu.

Inilah sebahagian daripada erti dan makna politik – membantu mereka yang memerlukan bantuan.

5 comments:

Detguaq said...

Alhamdulillah....

Amal berterusan akan Allah kurniakan barakah. Eh eh balik ropanya hari tu, tapi tak sempat lak nak jumpa.

Moga ada jalan untuk bantu Abang Shariff yang seperti saya ceritakan dlm blog saya tempohari

Jalilmm said...

Salam Abg Ikmal,

Tahniah di atas program menjejak akar yang dibuat...memang amat baik sekali usaha ini...semua wakil rakyat sepatutnya macam ni...

sesekali balik Guaq, saya berkesempatan jugak melewati beberapa kawasan di Kg Titi Bom (sekarang Kg Berjaya) ada beberapa buah rumah yang didapati sgt daif dan mereka ini saya kira termasuk dalam golongan yg perlukan bantuan...mtk juga Pusat Zakat menghulurkan sumbangan kepada mereka...

Bagi warga emas saya rasa elok jika diberikan wang makan bulanan tetapi yg muda wajar sekiranya didorongkan mereka atau diberi modal serta latihan untuk berniaga...Guaq Chempedak sangat berpotensi utk meniaga...

Teruskan usaha yg sangat baik ini..

Jalil
UMNO Bhgn Serdang

Aliudin Barin said...

Syukur...
setiap usaha yang kita lakukan untuk anak bangsa kita sememangnya perkara baik yg dituntut. bukan membezakan mereka, sebaliknya menyamaratakan kedudukan mereka seangkatan dengan kita.
buat Encik Ikmal atau panggilan mesra di kampung sebagai Abang Ikmal, saya mencadangkan aktiviti sebegini haruslah disertai mahasiswa-mahasiswa universiti tempatan agar mereka lebih dekat dengan kehidupan sebenar masyarakat kita secara khususnya...
saya antara bekas mahasiswa yang terlibat dgn aktiviti sebegini sewaktu belajar dahulu. kami dididik mencari dana, mengurus sebuah program kemasyarakatan serta bergotong royong membaikipulih rumah penduduk yang kian uzur dgn bantuan penduduk kampung yang terpilih. alhamdulillah, walaupun ianya dilakukan di bulan puasa dengan kerjasama YB Adun terbabit, segalanya mendatangkan hasil yang lebih baik buat penduduk berkenaan serta mahasiswa itu sendiri. mungkin dimasa hadapan, perkara ini boleh sama disertai oleh pihak Abang Ikmal sendiri bagi memastikan matlamat kerajaan dapat dicapai, amin...

Anonymous said...

Kenapa tidak ada orang yang prihatin pasal perkara-perkara macam ni sebelum ni. Itulah bagus BN kalah Kedah dan negeri-negeri lain, baru pemimpin sedar sikit dan turun ke padang. Encik Ikmalpun kalau dah jadi YB atau Menteri ke apa, jangan sombong dan mesti terus turun ke padang.

rem said...

tuanku.
sejuk hati hamba melihat kerja seperti ni.
teruskan.