Beberapa Gambar Sekitar Gerakerja Di Kawasan Jerai


SILA TEKAN PADA GAMBAR UNTUK MAKLUMAT PROGRAM. TEKAN KEMBALI UNTUK MULAKAN GAMBAR-GAMBAR SEKALI LAGI. Created by TCF

Saturday, July 11, 2009

PPSMI - adakah kita bertindak betul?

Dengan pemansuhan PPSMI, ke manakah anak-anak muda kita dalam isu:-

i. Pekerjaan. Rata-rata ramai majikan yang saya temui mengeluh mengenai penguasaan Bahasa Inggeris oleh pekerja-pekerja baru mereka. Ramai yang langsung tidak boleh berBahasa Inggeris yang menyebabkan mereka malu.

ii. Penguasaan ilmu baru dalam sains dan teknologi. Di dalam dunia kini, banyak penyelidikan yang sedang dijalankan. Saban hari, penemuan-penemuan baru di dalam pelbagai bidang di siarkan di dalam jurnal – jurnal antarabangsa yang ditulis di dalam Bahasa Inggeris. Bagaimana para “saintis” kita di Malaysia yang dilatih hanya di dalam Bahasa Malaysia akan faham secara terperinci dan sepenuhnya apa yang ditemui. Dan jikalau para “ saintis” kita tidak memahaminya kerana bahasa sains dan teknologi ini adalah dalam Bahasa Inggeris, bagaimana mereka boleh mengaplikasikan penemuan ini untuk kebaikan kita semua.

iii. Menjalankan perniagaan di peringkat antarabangsa. Betapa ruginya kita kerana usahawan-usahawan kita tidak pandai berBahasa Inggeris. Terpaksa menggunakan penterjemah.

iv. Mendalami sesuatu ilmu. Kita harus terima bahawa lingua franca dunia adalah Bahasa Inggeris. Jikalau anak-anak muda kita tidak dapat mengusai Bahasa Inggeris, bagaimana mereka ingin meningktkan lagi ilmu mereka?

v. Menggunakan komputer secara berkesan dan mendalam. Lebih dari 95% Bahasa Komputer atau Bahasa Teknikal adalah dalam Bahasa Inggeris . Pernah dulu ada individu telah mencadangkan kepadajawatankausa Penguasaan ilmu IT untuk menterjemah Bahasa computer kepada Bahasa Malaysia. Cadangan tak masuk akal.

Dengan pelaksanaan PPSMI, kita tidak akan:-

i. Melupakan asal-usul atau bangsa kita kerana kita belajar atau bertutur dalam Bahasa Inggeris. Saya mencabar sesiapa menamakan sesorang individu yang melupakan asal-usul atau bangsanya kerana dia belajar Bahasa Inggeris. Mungkin kerana dia tidak di dedahkan kepada asal-usulnya, atau ibu bapanya tidak mengajar beliau mengenai agamanya atau kelaurganya, tetapi tidak pernah kerana seseorang itu belajar dan bertutur dalam Bahasa Inggeris.

ii. Pada masa sama, tidak pernah satu bangsa hilang identiti bangsa kerana belajar atau bertutur dalam Bahasa Inggeris. Sekali lagi, saya mencabar sesiapa untuk membuktikan pada saya sebaliknya.


Jikalau kita meneruskan dengan dasar PPSMI, kita akan:-

i. Memahami dan berjaya di dalam pelaksanaan PPSMI kalau kita meneruskan polisi ini dengan beberapa pembetulan dan pengukuhan kepada pelaksanaan dasar ini. Antara yang boleh dicadangkan termasuk:-
- Mengkhususkan beberapa (4/5) buah Institut Latihan Guru untuk melatih dan mengajar guru pelatih di dalam Bahasa Inggeris serta untuk PPSMI.
- Melebihkan lagi masa pengajaran Bahasa Inggeris.
- Menjadikan Bahasa Inggeris Bahasa wajib lulus. Ini akan memastikan semua pihak termasuk Kementerian, sekolah dan murid lebih tekun untuk mnegajar dan belajar. Lebih banyak system sokongan juga patut disediakan untuk menjayakan pengwajiban ini.
- Memberi perhatian khusus dengan menghantar guru-guru pakar keluar Bandar, memberi peruntukan latihan lebih kepada luar Bandar dan sebagainya.

ii. Dapat pastikan anak-anak muda kita dapat pekerjaan yang bagus dan gaji yang lumayan. Pada masa sama, memantapkan lagi jentera utama penggerak ekonomi negara.

iii. Berjaya menjadi satu bangsa dan negara pencipta di dalam bidang sains dan teknologi, bukan sahaja satu negara yang mengambil ciptaan orang lain dan di aplikasikan / digunakan di negara kita.

iv. Dapat lapisan anak muda yang akan menjadi penggerak utama kepada kemajuan ekonomi negara yang pandai bukan sahaja di dalam Bahasa Inggeris tetapi Bahasa Sains dan Teknologi.

v. Dapat duduk sama rendah berdiri sama tinggi di persada dunia tanpa perlu menggunakan menggunakan penterjemah.

Satu contoh yang ketara dan baru adalah apabila tidak satupun Universiti kita berada di dalam 200 teratas di dunia ini mengikut kajian dari THES. Antara faktor utama untuk THES rujukan jurnal penyelidikan oleh penyelidik lain seluruh dunia. Tiada penyelidik lain yang ingin merujuk kepada penyelidikan-penyelidikan yang dibuat oleh saintis Malaysia kerana kebanyakannya adalah dalam Bahasa Malaysia. Saintis-saintis Malaysia juga tidak dapat berinteraksi dengan baik dengan saintis-saintis seluruh dunia kerana tidak pandai bertutur Bahasa Inggeris dengan fasih.

Penguasaan Bahasa Inggeris bukan akan merosakkan bangsa kita, malah akan meningkat lagi martabat anak bangsa kita.

Saya juga telah menulis beberapa artikel mengenai PPSMI termasuk cadangan pelaksanaan yang mengukuhkannya. Yang mana yang ingin tahu lebih, bolehlah merujuk kepada posting posting lama.

Sedih. Geram. Takut untuk masa depan anak-anak kita.

3 comments:

Detguaq said...

Lega dan tidur lenalah Pengongkong bahasa....perjuangan mereka ada hiden ajenda(bahasa inggeris dimelayukan....ok tak?).

Yang melompat kegembiraan bukannya ibubapa dari bangsa Melayu, tetapi dari bangsa Cina. Lihat sahaja diJohor Baru, dimana mereka sanggup melabur dising N pork untuk edukasi prima(premium education) sedang kita baru nak menyentuh edukasi kelas pertamapun dah dikekang dan dikongkong oleh pengongkong bahasa!

Chris Cjin said...

Very well written Ikmal ... agree with you - we have myopic leaders..

anakomak said...

Inikah Melayu yang hendak jadi pemimpin parti Melayu?

Dah belajar jadi pandai guna bahasa Melayu, mulalah rasa bahasa Melayu tak layak. Bahasa Melayu boleh membodohkan, BM boleh melembabkan.

petikan menarik:

Bahasa itu penting. Tidak kira bahasa Melayu, Inggeris, Arab, Farsi, Mandarin, Tamil dll. Kalau kerja kita memerlukan kita mahir bahasa Inggeris, pastikan kita mahir, kalau tidak kita tidak akan berjaya. Kalau tidak dipecahkan ruyungnya, manakan dapat sagunya.

Kalau penguasaan dan kefahaman mengenai satu2 bahasa dikata lemah, belajar dan teruskan belajar bahasa itu sehingga yang lemah menjadi kuat.

Tapi kalau keputusan matapelajaran bahasa itu dikatakan lemah, jangan salahkan sistem pembelajaran matapelajaran lain. Salahkan sistem pembelajaran bahasa atau guru bahasa itu sendiri.

Apa yang saya perhatikan, kebanyakan orang kita, termasuk pensyarah di universiti, mahukan bahasa Inggeris yang digunakan oleh bakal saintis atau bakal pakar matematik, atau yang seangkatan dengannya, menggunakan bahasa Inggeris yang setanding dengan pelajar TESL. Maksud saya bila bercakap secara teknikal, yang didengarnya bukan intipati teknikal, tetapi grammar, ejaan dan sebutan.

Anda tidak akan dapat semua. Manusia bukan makhluk yang sempurna. Mungkin ada 1 dalam sejuta di dalam kategori hebat. Manusia yang berada dalam kategori hebat ini tidak ada masalah untuk mahir bahasa walaupun bahasa tersebut tidak dipelajarinya di sekolah.

PPSMI yang saya faham ialah belajar mengajar dalam bahasa Inggeris. Kalau yang diajar tidak mahir bahasa Inggeris bagaimana hendak belajar.

Contoh. Anak2 saya semua pandai tulisan jawi. Tapi sejak dulu, bila bapa saya beli Utusan Melayu, mereka tidak akan membacanya walaupun mereka boleh. Kenapa?

Kerana alternatif yang ada, surat khabar Utusan Malaysia, Berita Harian, Harakah dan TStar dicetak dalam tulisan yang lebih pantas untuk mereka baca.

Akhirnya, ke mana tulisan Jawi dalam kehidupan seharian kita?

Perkara yang sama akan berlaku kepada Bahasa Malaysia jika PPSMI dilaksanakan. Sekarang pun di mana2 saya akan terdengar emak ayah yang mengajar anak yang kecil berbahasa Inggeris.

Ya mereka akan pandai berbahasa Inggeris. Tapi, ingat, yang pandai berbahasa Inggeris di Amerika Syarikat pun berjuta jadi penagih, penjenayah, tinggal di tepi jalan dll. Mereka ini idak jadi saintis pun walaupun mahir bahasa Inggeris.
Adakah cerita2 dari bacaan buku Melayu mengajar anak2 kita menjadi orang berguna tanpa kita sedari? Adakah itu masih lagi diamalkan? Atau harry potter menjadi pilihan sekarang?

Saya sangat berharap agar sistem pelajaran di sekolah rendah mengutamakan pelajaran bahasa. Kanak2 sangat mudah menguasai bahasa. Di sekolah rendah cuma
perlu ajar MEMBACA MENULIS MENGIRA dan AKTIVITI SUKAN ATAU MUZIK. Subjek lain ajarlah di sekolah menengah apabila mereka telah menguasai bahasa. Ajarlah membaca membaca menulis mengira di sekolah rendah dalam pelbagai bahasa. Saya cadangkan sekurang-kurangnya 3 bahasa.

Semoga bukan pemimpin yang seperti beruk dapat bunga.
"

ANAKOMAK