Beberapa Gambar Sekitar Gerakerja Di Kawasan Jerai


SILA TEKAN PADA GAMBAR UNTUK MAKLUMAT PROGRAM. TEKAN KEMBALI UNTUK MULAKAN GAMBAR-GAMBAR SEKALI LAGI. Created by TCF

Wednesday, July 1, 2009

Anak Muda ke IPTA






Hujung minggu lepas saya telah menghadiri majlis kesyukuran dan pemberian saguhati kepada pelajar-pelajar lepaan STPM yang berjaya masuk ke IPTA-IPTA bagi tahun 2009 bagi zon Pekan Sg Limau.
Saya amat berbangga dan tumpang gembira kerana ramai anak-anak muda yang berjaya untuk masuk ke UM,UIA, UKM,UPSI , UUM, UiTM dan sebagainya. Ketua Cawangan dan AJK kawasan telah mengadakan bacaan Yasin dan doa untuk mendoakan kejayaan mereka semua.
InsyaAllah, berkat doa ibu bapa dan masyarakat termasuk niat ikhlas serta usaha gigih anak-anak muda ini akan berjaya di dalam pengajian mereka. Saay berharap mereka akan kembali ke kampung masing-masing dan membantu pula adik-adik serta jiran mereka untuk juga berjaya masuk ke Universiti seperti mereka.
Tahniah dan ucapan terimakasih tidak terhingga kepada ibu bapa pelajar-pelajar ini. Berkat doa dan sokongan yang mereka berikan kepada anak merekalah yang kini membuahkan hasil dengan anak-anak mereka masuk ke IPTA.
Saya doakan mereka berjaya.

1 comment:

Detguaq said...

Nampaknya saya baru nak tegur passal blog you yg sepatutnya diubah medium penyampaian kerana sasaran anda bukan sahaja rakyat umum, tetapi sekarang ini menjurus kepada skop yg lebih mikro, iaitu rakyat Jerai yg rata-rata hanya paham bahasa Melayu. Dan tajuk blog juga telah ditukar. Tahniah kerana peka dgn sasaran pembaca blog anda! Ikhlas.