Beberapa Gambar Sekitar Gerakerja Di Kawasan Jerai


SILA TEKAN PADA GAMBAR UNTUK MAKLUMAT PROGRAM. TEKAN KEMBALI UNTUK MULAKAN GAMBAR-GAMBAR SEKALI LAGI. Created by TCF

Saturday, July 25, 2009

Pelancaran Program Cari DUN Sg Limau

Di dalam gerakerja saya sepanjang menjadi Naib Ketua Bahagian, saya telah menziarahi ramai orang di dalam kawasan Jerai yang mempunyai pelbagai masalah kehidupan (seperti tertera di atas dalam gambar-gambar). Mereka ini termasuklah yang terlantar di atas katil kerana sakit, lumpuh, Orang Kurang Upaya, ibu tunggal,Warga Emas dan sebagainya. Ramai daripada mereka ini tidak mendapat lagi bantuan kebajikan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat dan menghadapi kesempitan hidup. Bukan salah JKM kerana terlalu ramai yang memerlukan bantuan manakala JKM tidak mempunyai kakitangan mencukupi untuk ‘cover’ keseluruhan kawasan dengan cepat. Sebagai contoh, Parlimen Jerai mempunyai lebih daripada 60,000 pengundi berdaftar dan jikalau dari segi UMNO, mempunyai lebih kurang 150 cawangan. Ini bermakna kawasan Jerai ini amat luas dan ramai penduduk.

Saya juga sedar bahawa saya sendiri tidak dapat ‘cover’ keseluruhan kawasan dengan cepat dan akan memakan masa yang terlalu lama. Maka, dalam usaha untuk membantu mereka ini yang memerlukan bantuan dengan lebih cepat dan efektif, baru-baru ini saya telah mengadakan satu majlis pelancaran dan taklimat Program Cari untuk semua Ketua Cawangan / Pengerusi JKKKP dan Setiausaha Cawangan / JKKKP DUN Sg Limau.

Sebagai Penyelaras DUN Sg Limau dan melalui Pejabat Pembangunan Negeri, saya telah menjemput Jabatan Kebajikan Masyarakat Kedah dan Daerah untuk memberi taklimat mengenai program-program dan bantuan yang mereka sediakan terutamanya di bawah Program Cari. Taklimat ini merangkumi bantuan-bantuan yang disediakan oleh JKM dan kelayakan-kelayakan yang diperlukan. Berbekalkan maklumat ini yang juga telah disediakan secara bertulis, saya mengharapkan ketua-ketua cawangan serta JKKKP akan mengenalpasti individu-individu yang layak di dalam kampung masing-masing untuk diberi bantuan kebajikan, tanpa mengira fahaman politik agama ataupun kaum. Pada hemat saya, mereka lebih mengetahui secara mendalam masalah yang ada di dalam kampung mereka sendiri dan dapat ‘cover’ dengan lebih berkesan dan cepat. Cara ini juga dapat merapatkan ketua-ketua cawangan / JKKKP dengan anak buah mereka serta menunjukkan Kerajaan Pusat dan UMNO sememangnya ingin mendekati dan membantu rakyat di peringkat akar umbi.

Alhamdulillah, hampir semua ketua cawangan / pengerusi JKKKP atau setiausaha mereka telah hadir untuk taklimat dan pelancaran program kerjasama JKM, JKKKP dan UMNO ini. Sambutan amat menggalakkan dengan pelbagai soalan dan pendapat telah dilontarkan kepada pihak JKM. Walaupun pihak kami telah menyediakan lebih kurang 200 borang Program Cari untuk diedarkan, ianya telah habis seperti pisang goreng panas. Sambutan ini menunjukkan kesungguhan dan keikhlasan ketua-ketua cawangan / JKKKP / Setiausaha untuk membantu rakyat di peringkat kampung-kampung mereka. Saya yakin, dengan cara ini, banyak masalah dan individu-individu yang tertinggal sebelum ini dapat dibantu, lebih-lebih lagi dengan kerjasama baik daripada JKM.

Moga Allah merahmati dan membalas budi dan jasa pegawai-pegawai JKM, Ketua-Ketua Cawangan / Pengerusi JKKKP dan Setiausaha-Setiausaha serta semua yang menjayakan Program Cari ini. Saya telah mencadangkan kepada Ketua bahagian / Penyelaras Parlimen Jerai supaya program ini dapat dijalankan di peringkat Parlimen.

InsyaAllah, sama-sama kita membantu mereka yang memerlukan bantuan.

8 comments:

UMNO BAHAGIAN JERAI said...
This comment has been removed by the author.
detguaq said...

Salam Bro,

Hanya satu ungkapan ringkas,

"JATUH KELAUT MENJADI PULAU"

Umno Taman Sejahtera said...

Saudara Ikmal...blog yang menarik...harap buat promosi kepada pelayar blog. Sila lihat blog UMNO Cwangan saya...saya letak "add this" dimana saya boleh link ke facebook.

Saudara ahli facebook? Cepat join disana....para pemimpin dan penyokong UMNO ramai disana

Anonymous said...

Walaupun saya tidak menyokong umno, namun apabila saya melihat gambar-gambar dan cerita cerita yang diposted oleh Encik Ikmal menyentuh hati saya. Saya inginkan pemimpin yang berpengetahuan tetapi boleh duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan semua orang, tanpa mengira fahaman politik ataupun status.

Saya doakan Encik Ikmal teruskan kerja ini dengan hati yang ikhlas demi membangunkan negara dan masyarakat. Walaupun kita berlainan parti dan saya tidak memberi undi saya kepada umno dulu, jikalau inilah cara pemimpin umno, saya yakin ramai dari kami akan setuju dengan cara kepimpinan begini. Apa yang kami inginkan adalah kepimpinan terarah dan bertanggungjawab.

Anonymous said...

Betulka Encik Ikmal buat kerja semua ni? Tak pernah dengaq pun pemimpin UMNO nak tolong rakyat sampai macam ni. Selalu UMNO lebih pikiq poket sendiri dan macamana nak lebih kaya. Mai masa lawan, pakai duit untuk dapat jawatan lepas tu cari projek nak cover. Tak dak masa nak tolong rakyat.

Alwyn said...

any thoughts about the chaos in KL yesterday?

MANTOL said...

Your profile...my official UMNO picture...

ada official? Tak official macamana agaknya. Kah kah kah LOL!!! Terlebih owang puteh ko ni.

Jangan marah. Biasalah budak-budak UMNO yang bercita-cita besar.

/MANTOL/

Anonymous said...

Congrats bro.. semoga abg dapat pejuangkan orang2 yang mempunyai masalah di kedah khususnya dan tempatlain amnya..mungkn abg boleh bagi kursus kepada yb2 kita yang sibuk n tak dapat turun padang.semog Allah s.w.t memberikan yang terbaik kepada abg n family.jzkh. firdaus