Beberapa Gambar Sekitar Gerakerja Di Kawasan Jerai


SILA TEKAN PADA GAMBAR UNTUK MAKLUMAT PROGRAM. TEKAN KEMBALI UNTUK MULAKAN GAMBAR-GAMBAR SEKALI LAGI. Created by TCF

Wednesday, May 6, 2009

Masih ramai yang memerlukan ehsan

Ahad lepas saya telah mengunjungi sebuah rumah di sebuah kampung dalam bahagian saya. Ketua cawangan serta timbalannya telah berjumpa dengan saya sebelum itu untuk memaklumkan kes seorang balu dan anaknya yang mengalami masalah keperitan hidup. Suaminya telah meninggal dunia beberapa bulan lepas Mereka kini bagaikan sebatang kara kerana tidak dibenar tinggal di rumah lama mereka dan kini terpaksa menumpang di sebuah dangau jiran mereka yang sebelum ini merupakan setor barang baginya.

Anak darjah 6 itu telah berjaya dimasukkan kembali ke sekolah oleh ketua cawangan dan timbalannya, Alhamdulillah. Mereka berjumpa saya untuk berbincang bagaimana dapat membantu balu ini dan anaknya untuk meneruskan kehidupan. Saya sedih melihat "rumah" mereka - sebuah setor barangan jiran mereka yang di tukar menjadi tempat penginapan mereka, yang berukuran 10 kaki x 10 kaki. Tidak ada bilik, di situlah mereka tidur, masak, rehat dan untuk anaknya belajar. Hanya ada satu lampu kalimantan yang dinyalakan waktu malam untuk anak beranak ini, itupun atas ehsan jirannya lagi. (Sila lihat gambar di atas).

Memang kalau kita lihat di dalam "rumah" mereka, ada sebuah televisyen buruk - pemberian jirannya, ada peti ais dan radio, mungkin hasil perkongsiannya dengan arwah suaminya. Tetapi beliau tidak mempunyai pekerjaan dan tiada pendapatan. Inilah orang kata kais pagi, makan pagi, kais petang, makan petang.

Apakah balu dan anaknya ini yang masih bersekolah darjah 6 tidak layak menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat, sekurang-kurangnya sehingga balu ini mendapat kerja untuk menanggung kedua anak beranak ini? Apakah mereka harus terus menunggu ehsan serta belas kasihan jiran dan orang lain untuk hidup?

Saya akan berjumpa dengan JKM untuk cuba membantu mereka mendapat wang bulanan untuk sara hidup. Itu adalah terpenting supaya dapat membeli keperluan untuk makan dan minum serta menyara perbelanjaan sekolah anaknya.

Kepada jirannya yang banyak membantu, ketua cawangan dan timbalannya, Alhamdulillah kerana Allah swt membuka hati mereka untuk membantu. Hanya Allah swt yang dapat membalas segala sumbangan dan bantuan ikhlas yang mereka lakukan.

Saya ingin melihat anak-anak Jerai maju kehadapan. Saya harap jikalau ada lagi kes-kes sebegini rupa, hubungilah saya. Maklumkan kepada saya atau UMNO Bahagian. Kita harus dengan ikhlas dan kerana Allah swt bekerjasama membantu mereka yang memerlukan tanpa mengira agama, bangsa mahupun fahaman politik.

Setiap kita boleh memainkan peranan untuk membantu. Ada yang boleh berbincang dengan agensi-agensi untuk membantu, ada antara kita boleh memberi sumbangan atau derma dan sebagainya. Pokoknya, kita semua boleh membantu.

1 comment:

tempursakti said...

tertarik dengan kisah itu dan usaha murni yang ditunjuk dan dijalankan oleh tuan,ketua dan timbalan ketua cawangan tersebut...
sebenarnya dalam jerai saja ada banyak lagi kes-kes yang melibatkan ibu tunggal yang miskin dan susah,seperti yang tuan kata,kais pagi makan pagi,kais petang makan petang,tetapi kita terlepas pandang dek kerana tidak terkena kepada saudara mara kita,kita terlupa untuk memikirkan walaupun sekadar rasa simpati sebab ada ketikanya kita sering tertumpu kepada komitmen kerja masing-masing.
Saya amat menyanjung tinggi usaha tuan sebagai pemimpin UMNO Bahagian Jerai yang sensetif terhadap isu-isu kemiskinan dikalangan orang melayu di Jerai ini.
Kalau boleh saya ingin mencadangkan agar Tuan dapat menggerakkan satu makanisme yang mampu mengenalpasti golongan yang termiskin dan terpinggir dalam masyarakat Jerai dan bernaung dibawah "Program membela nasib rakyat termiskin UMNO Jerai" supaya Tuan tidak dilihat bersendirian dalam tugasan tersebut.Dan Tuan sebagai moderator yang akan menyelaraskan program tersebut kepada link-link yang berkenaan untuk memudahkan segala bantuan dapat disalurkan.
Dengan ini rakyat dapat mengetahui dan memahami bahawa UMNO lebih serius dalam menangani isu kemiskinan dan Tuan adalah pemimpin yang menggerakkannya.