Beberapa Gambar Sekitar Gerakerja Di Kawasan Jerai


SILA TEKAN PADA GAMBAR UNTUK MAKLUMAT PROGRAM. TEKAN KEMBALI UNTUK MULAKAN GAMBAR-GAMBAR SEKALI LAGI. Created by TCF

Thursday, May 7, 2009

Ribut di Sg Limau

Pada hari Ahad lepas juga, saya telah melawat beberapa buah rumah yang telah dilanda ribut malam sebelumnya. Beberapa buah rumah di Kuala sedaka, Ban 7A dan Sg Kering telah mengalami kerosakan kerana ini. Saya difahamkan ianya berlaku sekitar jam 1.00 pagi (Sabtu malam Ahad hingga 2.00 pagi.

Pertamanya saya amat bersyukur tiada kemalangan jiwa yang berlaku kali ini dan di dalam kejadian ribut yang lepas, Alhamdulillah. Walaupun berlaku tengah malam, mangsa dapat diselamatkan walaupun di dalam kegelapan dan di dalam suasana hujan lebat.

Kerosakan yang berlaku pada rumah-rumah mereka walaubagaimanapun adalah amat teruk. Ada sebuah yang langsung tidak boleh didiami dan terpaksa di buat baru keseluruhannya. Ada yang keseluruhan bumbung terpaksa diganti baru. Namun ada jgua yang kerosakan dianggap sedikit.

Kejadian ribut yang melanda kawasan ini serta merosakkan rumah bukanlah satu fenomena yang baru. Saya tertanya -tanya apakah yang boleh kita lakukan untuk mengelak dari ianya berlaku sekali lagi. Memang ribut adalah satu yang tidak dapat dielakkan, namun adakah sesuatu langkah yang dapat kita lakukan untuk mengelak daripada rumah-rumah terkena angin taufan ini. Adakah ianya berlaku di kawasan ini kerana kawasan yang lapang kerana sawah bendang? Adakah dengan menanam pokok-pokok tinggi seperti kelapa, durian dan sebagainya dapat mengurangkan keberangkalian dilanda ribut atau hanya membahayakan lagi jikalau pokok itu pula jatuh.

Saya ingin mencari jawapan dan cara untuk membantu. Jikalau ada rakan-rakan diluar sana yang mempunyai pendapat atau idea, mohon maklumkan kepada saya.

Terimakasih

1 comment:

akusayangumno said...

Menanam pokok kelapa dan durian bukan penyelesaian kerana buah yang dihasilkan akan menjadi peluru atau bom yang akan membantu ribut merosakkan rumah, tetapi menanam pokok yang berakar tunjang sebagai penampan angin boleh sedikit sebanyak menyelamatkan harta benda. Mungkin pokok seperti mempelam dari jenis berdaun lebat sesuai atau lain-lain pokok berdaun lebat sebagai penampan utama manakala pisang atau ubi kayu sebagai penampan hadapan. Pada saya sekurang-kurangnya perlu ujud dua garisan perimeter penampan untuk setiap 'pulau' bagi mengurangkan kesan ribut. Namun akhirnya kuasa Allah mengatasi segala ikhtiar, maksud saya usaha kita terhad kepada ribut biasa, manakala jika ribut yang melanda terlalu besar tiada apa yang dapat menghalang.
Saya rasa jabatan-jabatan tertentu seperti jabatan pertanian boleh bergabung dengan jabatan hutan utk memberi nasihat yang tepat mengenai poko-poko yang sesuai utk menjadi penampan dan rekabentuk sistem penanaman yang sesuai bagi membentuk zon penampan yang efektif