Beberapa Gambar Sekitar Gerakerja Di Kawasan Jerai


SILA TEKAN PADA GAMBAR UNTUK MAKLUMAT PROGRAM. TEKAN KEMBALI UNTUK MULAKAN GAMBAR-GAMBAR SEKALI LAGI. Created by TCF

Sunday, September 20, 2009

Salam Aidilfitri

Saya ingin mengucapkan Selamat menyambut Aidilfitri kepada semua - Islam dan bukan Islam. Moga Aidilfitri disambut bersama keluarga dan mereka yang tersayang dalam suasana yang gembira dan diberkati Allah swt.

Saya juga ingin memohon maaf kepada semua yang mungkin telah saya buat salah dari segi tutur kata atau apa-apa juapun. Moga Aidilfitri ini juga membawa kita lebih erat di antara satu sama lain.

Moga Allah swt senantiasa memberkati ktia semua dalam apa jua usaha kerja kita.

Tuesday, September 15, 2009

Program Jejak Akar - Masih Ada Yang Sayang





Dalam bulan Jun lepas, saya telah melawat sebuah rumah di Kampung Manggol, Batu 13, DUN Sg Limau. Ini adalah sebahagian dari gerakerja menjejak akar saya yang dilakukan secara berterusan dengan menziarahi warga-warga emas, OKU, ibu tunggal dan sesiapa yang memerlukan bantuan melalui ketua ketua cawangan. Ketua UMNO Cawangan di sana, Saudara Shukri telah membawa saya ke beberapa rumah termasuk rumah Encik Samsu Bin Mat, 78 tahun yang tinggal bersama isterinya. Anaknya tinggal bersebelahan tetapi juga tidak berkemampuan dan penerima rumah PPRT (Projek Perumahan Rakyat Termiskin).

Sesampai saya dirumah tersebut, saya amat sedih. Rumahnya memang nampak luas, tetapi terlalu kekurangan serba-serbi. Lantainya adalah simen yang teramat nipis dan sebenarnya seperti berlantaikan tanah. Rumahnya yang dulu berdindingkan kayu, kini diganti hanya dengan guni-guni di tempat-tempat kayu reput untuk menghalang hujan dari masuk. Dan bumbungnya, jikalau dirumah-rumah lain yang saya pergi ada sedikit sebanyak kebocoran di sana sini dan perlu diganti beberapa keping zink bumbung supaya hujan tidak masuk, namun rumah Encik Samsu kalau hujan tetap akan masuk kerana ada lubang yang besar yang tidak ditutup.

Semasa saya ke kawasan dapur, saya amat sedih. Dinding di belakang rumah hanyalah jaring pukat dan guni tanpa adanya dinding kayu kerana tidak mampu. Saya juga difahamkan dari Sdr Shukri bahawa kadang-kadang Encik Samsu akan berjumpa beliau dan meminta sedikit duit untuk membeli beras dan lauk bagi makanan mereka sekeluarga.

Alhamdulillah, setelah berbincang dengan Sdr Shukri yang jufa Ketua Cawangan UMNO di situ, saya difahamkan beliau telah memohon bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk Encik Samsu. Saya kemudiannya telah pergi berjumpa dengan pengarah Pejabat Pembangunan Negeri yang di bawah Kerajaan Pusat, Encik Hadzir untuk merayu beliau meluluskan peruntukan membina sebuah rumah baru. Biar kecil namun selesa, bersih dan selamat. Alhamdulillah, Encik Hadzir, setelah melihat gambar-gambar dan kertas kerja yang disediakan terus meluluskan peruntukan.

Pembinaan telah bermula hujung bulan Julai dan siap pada 13 Ogos 2009. Encik Samsu juga telah mendapat bantuan dari JKM sebanyak RM300 sebulan hasil dari usaha ketua cawangan beliau. Dan semasa saya melawat beliau baru-baru ini, terlihat di muka Encik Samsu dan keluarga satu keriangan. Walaupun masih menggunakan tungku untuk masak (orang tua – tak nak pakai dapur gas), namun saya seronok tungku berasap dan sedang memasak sesuatu, untuk berbuka puasa saya rasa. Boleh dirasakan kelainan yang amat ketara semasa lawatan saya berbanding dengan pertama kali saya melawat.

Alhamdulillah, saya bersyukur dan berterimakasih tidak terhingga kepada semua yang telah menjayakan ibadah ini. Encik Hadzir (pengarah SDO), Sdr Shukri (ketua Cawangan UMNO Bt 13), belia-belia kampung yang telah bergotong royong membina rumah dan menyampaikan bantuan beras kepada Encik Samsu, pegawai-pegawai saya dan semua yang tidak mungkin saya dapat sebut satu persatu.

Alhamdulillah saya bersyukur kepada Allah swt kerana telah memberi saya peluang dan hidayah untuk membantu.

Inilah sebahagian daripada erti dan makna politik – membantu mereka yang memerlukan bantuan.

Wednesday, September 9, 2009

Sidang Dewan Kedah

Saya ingin komen sedikit mengenai isu ADUN Kota Siputeh yang telah dirujuk kepada Suruhanjaya Pilhanraya kerana dikatakan tidak menghadiri sesi Dewan Undangan Negeri Kedah 2 sesi berturut-turut. Walaupun SPR telah membuat keputusan di mana ianya bukan 2 sesi berturut-turut dalam penggal yang sama, namun secara jujur saya katakan bahawa pada saya itu hanyalah satu keputusan berdasarkan "technicalities".

Bukan niat saya ingin mengkritis sesiapa tetapi hanya menyampaikan pendapat saya secara ikhlas dan juga peringatan kepada semua termasuk saya. Walaupun saya tidak mengenali beliau secara rapat, saya difahamkan ADUN Kota Siputeh adalah seoarang yang baik dan senantiasa membantu rakyat di kawasan beliau.

Saya terkejut dan tidak percaya, seseorang yang telah menjadi ADUN selama 5 penggal boleh membuat kesilapan sebegitu rupa. Sidang Dewan bukanlah selalu dan hanya dua atau tiga hari setiap kali bersidang. Jikalau beliau telah hadir walau sehari jua dan tidak untuk keseluruhan sidangpun, saya yakin kes ini tidak timbul. Dimanakah "Whip" BN Kedah yang sepatutnya memantau dan memastikan perkara-perkara seperti ini tidak berlaku?

Terdengar dari kalangan intelek dan profesional Kedah yang mengatakan bahawa BN memandang ringan terhadap perkara-perkara seperti ini, bahawa BN tidak menghormati DYMM Tuanku Sultan kerana Baginda yang menerajui Kerajaan Kedah dan sidang DUN dirasmikan oleh beliau. Yang lebih sinis mengatakan bahawa ADUN BN bagaikan tidak endah atau tidak hirau untuk berdebat atau mengambil peluang menimbulkan isu-isu rakyat Kedah di sidang Dewan.

Dan katakanlah SPR membuat keputusan bahawa sememangnya ADUN Kota Siputeh harus meletakkan jawatan, bayangkan betapa malunya BN Kedah. Ini tidak termasuk masalah di mana BN harus mempertahankan kerusi di dalam pilihanraya kecil, masa dan sumber yang akan digunakan untuk pilihanraya kecil yang sepatutnya ditumpukan untuk pembangunan negeri dan negara.

Keputusan SPR bukannya satu kemenangan untuk sesiapa termasuklah bukannya kemenangan untuk BN. Ia sepatutnya satu pengajaran, satu pengajaran supaya ianya tidak berulang lagi.

Street Demonstrations - The Temple Relocation Issue

I have been thinking about the temple relocation issue that has been hogging the limelight for the wrong reasons recently. Now I do not want to comment on the merits of the case or whether there are justifications as to the reason of the demonstration (to protest the relocation of the temple to Section 23) but I wish to comment on the means they took to show their protest.

I was shocked and extremely sad when I first learned about the incident. To have a group of people march down the road and protest loudly is already bad enough (I am against street protests), but to further exacerbate the situation by bringing a severed cow head, stepping and spitting on it is pure dumb, stupid and just asking for trouble. Whatever reasons given ie it was unintentional, it was meant for the state government or whatever – it smacks plainly of gross insensitivity and disrespect for the Hindu religion and the Hindus not only living in that area but all over. In fact to me, you are also causing much harm to all Malaysians who live peacefully side by side with all races.

What has happened has caused much uneasiness and unhappiness, not just amongst the Section 23 folks, but also amongst many of us all over. Many of my Indians friends are asking me why it happened and are discussing what this meant to them . I am very happy to note that the AG has decided to prosecute the organisers and perpetrators of the crime under the Seditious Act. To be honest, I was pleasantly surprised that the investigation and decision to do so were very quickly taken.

What have the street demonstrations and the act of stepping on the cow head got you? Nothing but pure condemnation from everyone all over and hopefully soon getting arrested by the police and charged for showing insensitivity to another religion. What they fought for was totally different and what they ended up with now is putting them in hot water.

The main organisers were saying that their demonstration was hijacked by other parties who brought the severed cow head that turned everyone’s attention to it rather then the original issue at hand. Now I have to say, that is what happens in a street demos. You may start of with good intentions, good planning and good preparations but because you cannot control who takes part, you cannot control what they bring and how they behave during these demonstrations, chances are extremely high that things will go haywire and totally wrong during the demonstrations.

That is why I am against street demonstrations. There will always be certain individuals out there who are joining the street demonstrations for their own personal agenda – maybe just for fun or maybe just out to create trouble. And when “shit hits the ceiling” (pardon my language), the organisers cannot turn around and say “ I did not mean this or that to happen. My intention was good and pure” etc.

Street demonstrations bring nothing but utter chaos and a disruption to activities in that area. There are always other ways to get your views and opinions across.

Tuesday, September 1, 2009

Masih Ada Yang Sayang - Program Cari DUN Sg Limau







Pada 10 Julai 2009, saya telah menganjurkan satu majlis taklimat dan pelancaran Program Cari untuk kawasan DUN Sg Limau di Dewan Orang Ramai Padang Lumat. Saya telah menjemput kesemua Ketua-Ketua Cawangan, Pengerusi-Pengerusi JKKKP dan Setiausaha untuk hadir mendengar taklimat mengenai Program Cari Jabatan Kebajikan Masyarakat yang telah disampaikan oleh Encik Adnan, JKM Kedah.
Alhamdulillah, sambutan yang diterima amat menggalakkan. Ramai ketua-ketua cawangan ini telah turun ke kampung masing-masing dan mencari individu-individu yang memerlukan bantuan. Mereka ini ramainya terdiri daripada OKU, Warga Emas yang tiada tempat bergantung, ibu tunggal yang mengalami kesempitan hidup dan sebagainya.

Setelah mengumpul segala maklumat, saya telah berbincang dengan Tn Hj Zulkifli, Pengarah JKM negeri Kedah. Saya ingin menyatakan respons dan tindakbalas Tn Hj Zul dan pegawai-pegawai JKM adalah amat cepat sekali, melepasi jangkaan saya. Saya berhubung dengan beliau pada hari Sabtu, berjumpa hari Selasa dan beliau telah mengambil keputusan untuk menjalankan proses siasatan setiap kes secara menyeluruh pada hari Khamis. Beliau telah menggerakkan seramai 140 orang pegawai-pegawai JKM dari seluruh Kedah untuk turun berkampung di Sg Limau khususnya dan Guar Chempedak serta Gurun yang menghantar beberapa permohonan juga. Ramai Ketua Cawangan juga turut membantu untuk menunjukkan rumah-rumah serta memberi latarbelakang pemohon-pemohon.

Alhamdulillah, dianggarkan sebanyak 150 permohonan telah berjaya. InsyaAllah para pemohon ini akan mendapat wang sara diri mereka dalam masa terdekat ini sebelum Hari Raya. Moga ini akan menceriakan dan menjadikan sambutan Raya mereka lebih bermakna.

Saya amat menghargai segala usaha dan penat lelah dari semua pihak terutamanya Y Bhg Dato Ismail Arshad yang telah membantu dengan dewan beliau untuk taklimat, AJK beliau, ketua-ketua dan setiausaha cawangan kesemuanya dan seluruh warga Jabatan Kebajikan Masyarakat kerena telah membantu saya dalam tugasan saya. Tidak lupa kepada saudara saya, seorang ketua cawangan dan AJK Bahagian, yang tidak ingin dinamakan yang telah menyumbang makan dan minum secara ikhlas untuk para petugas.Ramai lagi yang telah membantu yang mungkin tidak saya sebut di sini, namun saya mendoakan Allah swt membalas segala budi dan jasa setiap seorang.

Alhamdulillah, saya bersyukur kehadrat Allah swt kerana telah dapat membantu mereka yang memerlukan bantuan melalui Agensi Kerajaan Pusat yang ditunjangi oleh UMNO.

Masih ada yang sayang. Masih ramai yang ingin membantu.