Beberapa Gambar Sekitar Gerakerja Di Kawasan Jerai


SILA TEKAN PADA GAMBAR UNTUK MAKLUMAT PROGRAM. TEKAN KEMBALI UNTUK MULAKAN GAMBAR-GAMBAR SEKALI LAGI. Created by TCF

Saturday, August 8, 2009

TAKBIR! PAS TUKAR JADI TAKEBEER! PAS

Saya berasa terpanggil untuk komen mengenai memorandum PAS Selangor yang menggesa Kerajaan negeri Selangor untuk mengharamkan penjualan arak di kawasan-kawasan majoriti Islam.

Walaupun niatnya adalah untuk mengurangkan penjualan kepada orang Islam terutamanya anak-anak muda, namun saya harus mempersoalkan rasional cadangan ini serta keberkesanannya jikalau arahan pengharaman penjualan arak di kawasan majoriti Islam ini di jalankan.

Pertamanya, ianya kes pengharaman yang selektif yakni hanya di kawasan –kawasan di mana ramai penduduknya beragama Islam. Apa pula kepada kawasan-kawasan yang majoritinya bukan Islam tetapi terletak hanya bersebelahan dengan kawasan majoriti Islam? Jikalau individu tersebut hendak minum arak, beliau tidak akan teragak-agak untuk berjalan jauh sedikit untuk mendapatkan arak beliau. Bermakna pengharaman ini tidak akan berjaya langsung.

Pengharaman ini juga akan memberi satu kesan buruk yakni akan menghidupkan perniagaan seludup dan haram secara ‘underground’.

Bagaimana juga pihak berkuasa ingin mengenalpasti kawasan majoriti Islam. Adakah ianya 51%, 70%, 90% atau 99%? Apa pula hak –hak penduduk bukan Islam yang ingin minum arak? Adakah pengharaman penjualan arak di kedai-kedai ini adil kepada mereka yang bukan Islam?
Secara jujur, saya berpendapat PAS Selangor tidak berfikir panjang mengenai perkara ini. Ataupun PAS Selangor tahu ianya tidak akan dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri tetapi mereka berasa tertekan oleh janji-janji pilihanraya mereka dahulu mengenai kes pengharaman penjualan arak? Ataupun PAS Selangor hanya melakukan ianya bagai gimik sahaja kerana takut mereka akan dilihat tidak Islamik?

YAB MB Selangor telah mengumumkan bahawa Kerajaan Selangor tidak akan mengharamkan penjualan arak di kawasan –kawasan yang di minta oleh PAS. Saya ingin bertanya Pas sekarang – Apa lagi? Apakah langkah PAS seterusnya selepas pengumuman MB Selangor?
Saya berpendapat gesaan PAS ini tidak praktikal. Kita harus menganalisa dahulu apakah sebenarnya masalah yang ingin ditangani sebelum melulu membuat sesuatu gesaan. Pada pendapat saya, apa yang inign di selesaikan adalah masalah:-

i. Orang Islam minum arak;
ii. Anak-anak muda Islam minum arak.

Benar, pengharaman di beberapa kawasan majoriti Islam mungkin akan menyebabkan mereka ini tidak boleh beli disebelah rumah, tetapi dengan scenario hari ini yang ada motor, kereta dan sebagainya, seperti yang saya sebut di atas, tidak ada apa yang menghalang mereka ini untuk naik kereta dan pergi ke kawasan sebelah untuk membeli arak. Dan ramai daripada mereka ini sebenarnya minum arak bukan sahaja dibeli di 7 –Eleven atau kedai-kedai runcit, tetapi di pub dan sebagainya.

Adalah lebih efektif dan menyeluruh jikalau beberapa langkah tertentu diambil termasuk:-

i. Pengajaran masalah dan kesan negatif arak kepada orang ramai (adakan kempen
kesedaran – berdakwah!);
ii. Memantapkan pemantauan dari pihak berkuasa dan mengenakan denda yang
amat besar kepada penjual dan pembeli yang ditangkap. Lesen perniagaan juga
patut ditarik balik serta-merta jikalau di tangkap menjual kepada orang Islam.
iii. Menghebahkan mereka yang tertangkap serta denda yang mereka hadapi kepada
rakyat. Ini akan menakutkan mereka.
iv. Memberi kaunseling kepada mereka yang didapati bersalah.

Saya juga ingin berkongsi satu pendapat daripada rakan saya mengenai isu ini. Beliau berkata bahawa dahulu semasa PAS hanya parti pembangkang tanpa memerintah negeri-negeri, PAS telah mengutuk dan mengatakan UMNO parti haram kerana membenarkan perniagaan pembuatan dan penjualan arak di Malaysia. Isu inilah diantara sebab UMNO dilabelkan parti kafir.

Sekarang mereka memerintah di beberapa buah negeri termasuk Selangor yang mempunyai dua buah kilang arak besar (di Shah Alam dan PJ). PAS kini tersepit dan terpengkap dengan kata-kata mereka dahulu yang memanggil UMNO kafir. Kerana itulah PAS Selangor mengambil langkah kononnya menggesa kerajaan Selangor mengharamkan penjualan arak di kawasan majoriti Islam walaupun mereka tahu ianya tidak akan berjaya. Sekurang-kurangnya penyokong mereka tidak boleh marah dengan mereka lagi kerana kononya mereka sudah cuba.


Bukan senang nak jadi pemerintah.

2 comments:

ezani said...

Saudara

Nampaknya saudara tidak mahu beri apa-apa sokongan langsung terhadap inisiatif PAS utk at least mengurangkan pengederan arak di kalangan org Melayu atau sekurang-kurangnya membuat proses mendapatkan arak untuk org Melayu begitu susah sebagai langkah pencegahan.

Saya nampak kalau bawah BN, mesti issue seperti ini tidak akan dipedulikan oleh BN sebab ianya mungkin akan menyebabkan parti itu gagal mendapat undi daripada kaum Cina dan India.

Inilah kelebihan BA. Sekurang-kurangnya mereka ada komponen parti yg kuat pendirian agama lantang bersuara jikalau ada apa-apa isu mengenai perkara-perkara haram berdasarkan Quran dan Hadith.

Tajuk blog tuan ini pun menunjukkan bahawa tuan pun tidak begitu serious untuk mengendalikan isu yang begitu penting ini. Tidakkah tuan tahu bahawa arak itu adalah 'ibu' kepada segala maksiat yg sendiri boleh menyebabkan orang kafir yg meminumnya itu dengan jumlah terlampau lebih, akan menghadapi risiko kemalangan kenderaan jika mereka terus memandu ataupun bersikap ganas kepada isteri dan anak-anak mereka apabila mereka kembali ke rumah dalam keadaan mabuk.

Tuan menulis dlm artikel blog tuan ini seolah-olah mahu mencari seribu macam sebab kesalahan supaya niat murni Dr Hassan Ali utk melindungi umat Islam daripada cecair daripada neraka ini gagal dan saya amat kecewa dengan sikap tuan. Tuan juga telah menunjukkan tuan lebih berpihak kepada org bukan Islam. Bukankah Dr Hassan Ali sudah nyatakan, kalau org Cina dan India mahu beli arak, mereka boleh beli di tempat jauh-jauh. Ini adalah langkah yg sesuai sebab arak itu minuman yg amat merbahaya dalam Islam dan akibat kemabukannya itu bukan sahaja terkena kepada orang Islam sahaja tetapi semua yg meminumnya termasuk orang Cina, India malah binatang sekalipun!

Tuan telah berbuat begitu banyak tuduhan kepada PAS atas niat murni ini termasuk menuduh Dr Hassan Ali melakukan langkah ini sebagai 'gimik' populariti untuk meraih undi. Secara jelas, sekarang saya dapat lihat sikap Tuan dan sikap parti tuan terhadap pelaksanaan undang-undang Allah Subhanahuwa Ta'ala di Selngor khususnya dan di atas muka bumi ini, amnya. Kalau parti lawan nak laksanakan hukum Allah SWT pun nak bantah, macam mana kamu harap untuk mendapat undi saya kalau parti tuan yang terbabit dalam hal ini sebagai pemerintah negeri?

Saya juga rasa saudara telah salah tafsir tentang dakwaan saudara bahawa PAS yang kini memerintah tidak mahu menutup kilang-kilang arak di Selangor itu. Saya berasa yakin sesungguhnya mereka pasti ingin menutupnya dan akan menutupnya at the first opportunity...cumanya parti komponen BA yg berkuasa di Selangor ini adalah PKR dan bukannya PAS dan PKR tidak mempunyai agenda penting utk menutup kilang-kilang arak tu atau tidak berapa peduli tentang isu ini. Ini boleh kita lihat dari tindak tanduk dan respons Tan Sri Khalid Ibrahim, MB Selangor, sebagai wakil PKR, yg tidak setuju blanket ban dikenakan di negeri Selangor walaupun Dr Hassan Ali mewakili PAS, mahukan blanket ban atau apa saja tindakan dijalankan utk mengharamkan arak di negeri Selangor.

Namun demikian, saya akui bahawa 4 langkah yg disebutkan saudara di dalam blog saudara itu adalah langkah yg bijak dan sangat efekif untuk membendung peminuman arak dalam kaum Melayu. Cuma janganlah pandai bermain politik dan mencampur adukkan isu agama (arak itu adalah haram) dengan sandiwara politik saudara (Pas melakukan gimik saja untuk meraih undi) sebab saya fikir andaian saudara itu tidak berapa tepat.

Anonymous said...

Pas sudah terperangkap - agreed. But you must give credit that he is trying to find a way out. I am sad that PAS feels this way though as it has not thought long and hard what living in a multi racial society is all about. Your suggestions make sense and should be implemented. Do not harm the interests of others just so you can gain on yours. I do not believe that is what even your religion asks you to do.