Beberapa Gambar Sekitar Gerakerja Di Kawasan Jerai


SILA TEKAN PADA GAMBAR UNTUK MAKLUMAT PROGRAM. TEKAN KEMBALI UNTUK MULAKAN GAMBAR-GAMBAR SEKALI LAGI. Created by TCF

Friday, August 28, 2009

Program Bumi Hijau


Pada 13 Ogos 2009, YB Dr Leong dan saya telah menanjurkan satu program bersama dengan kerjasama dari Jabatan Pertanian Kuala Muda di dewan Kaum Tiong Hua,Pekan Jeniang dan Taman Makmur. Program Bumi Hijau (pertanian) ini adalah untuk menggalakkan para peserta untuk menanam sayur-sayuran di sekeliling rumah untuk mengurangkan kos sara hidup mereka selain memastikan mereka mendapat sayur-sayuran segar disekeliling rumah untuk dimasak. Setiap seorang peserta diberi benih sayur-sayuran, baja organik, racun serangga, penyodok dan pencakar untuk memulakan kebu di tepi rumah.

Alhamdulillah, ramai yang telah menyahut pelaksanaan Program Bumi Hijau ini. Saya juga amat berbangga kerana ketua-ketua cawangan UMNO dan MCA telah bekerjasama dengan baik untuk mendapatkan peserta-peserta dari pelbagai kaum terutamanya Melayu, Cina, India dan Siam.
Moga kita dapat menjalankan program-program sebegini rupa yang merangkumi pelbagai kaum dengan lebih banyak lagi pada masa hadapan.

1 comment:

Detguaq said...

Salam Ramadhon,

Aktiviti yang melibatkan pelabagai kaum dalam skala yang kecil adalah langkah bijak oleh pemimpin. Sentuhan langsung sebegini adalah evergreen.

Teruskan aktiviti poilitik dan kemasyarakatan tanpa memilih bulu kerana nanti bulu yang adalah yang akan kembali membuat pilihan.

Bank Rakyat: MESTI PILIH!!!