Beberapa Gambar Sekitar Gerakerja Di Kawasan Jerai


SILA TEKAN PADA GAMBAR UNTUK MAKLUMAT PROGRAM. TEKAN KEMBALI UNTUK MULAKAN GAMBAR-GAMBAR SEKALI LAGI. Created by TCF

Wednesday, June 24, 2009

Perasmian Persatuan Alumni SMKA Yan






Baru-baru ini saya telah dijemput merasmikan penubuhan dan Mesyuarat Agung Alumni Sekolah Menengah Agama Yan di Titi Serong. Saya berasa seronok dan berbangga atas inisiatif yang telah diambil oleh bekas-bekas pelajar sekolah ini untuk berkumpul kembali dan membantu adik-adik mereka yang bersekolah di SMKA Yan. Ramai dari bekas pelajar kini sedang memegang jawatan dipelbagai firma dan jabatan kerajaan termasuk Pertonas, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan sebagainya. Pengalaman dan kepakaran mereka ini saya yakin akan memberi manfaat kepada sekolah di dalam pelbagai cara.
Saya juga amat tertarik dengan Ustaz yang telah melafazkan ayat-ayat suci Al-Quran di dalam majlis ini. Walaupun beliau tidak nampak, namun belia telah melafazkan ayat-ayat suci Al-Quran dengan amat terang dan penuh dengan hukum tajwidnya. Alhamdulillah, Allah maha berkuasa dan maha penyayang. Walaupun kekurangan dari segi penglihatan, namun Allah swt telah menganugerahkan beliau satu kelebihan yang ramai dari kita tidak ada.
Untuk mengukuhkan lagi hubungan dan bentuk kerjasama di antara semua pihak, saya telah mencadangkan supaya sekolah menubuhkan sebuah lembaga penasihat yang dianggotai oleh pengurusan, pertubuhan alumni , PIBG, pemimpin pelajar serta seorang dua individu yang dihormati untuk bersama-sama berbincang dan memikirkan halatuju SMKA Yan. Saya yakin alumni ini akan dapat membantu sekolah dan pelajar. Saya berharap sekolah-sekolah lain juga memikirkan bagaimana mereka boleh menubuhkan persatuan alumni di sekolah masing-masing.


2 comments:

Anonymous said...

Tidakkah SMKA Titi Serong ni ramai guru yang PAS dan pelajar-pelajar jugak PAS. Macamana kot Encik Ikmal dapat jemputan nak rasmikan program dia.

cucu aumno said...

boleh caye ke ni....dgr kata umno ni takleh caya..tul ke?