Dua minggu lepas, JKKKP tiga kampung - Kampung Setia Tok Kau, Kampung Tok Kau dan Kampung Berjaya Titi Bom telah mengadakan aktiviti kerjasama bergotong royong. Lebih kurang 150 orang telah turun untuk menjalankan aktiviti bersama ini, jauh menjangkaui apa yang di sangkakan oleh penganjur.
Ini menunjukkan semangat kekitaan dan kerjasama yang kuat masih menebal di dalam hati sanubari para penduduk. Saya seronok dan bangga melihat semangat ini dan cara mereka saling bantu membantu. Kenduri yang diadakan selepas gotong royong juga amat berjaya.
Saya berharap kampung -kampung lain akan mengambil contoh dan menjalankan aktiviti gotong-royong di kampung masing-masing. Selain daripada membersih kawasan, kita juga dapat memupuk semangat perpaduan dan kerjasama selain mengeratkan silaturrahim antara satu sama lain.
Satu keunikan semasa gotong royong perdana ini, ramai kanak-kanak yang turun untuk membantu. Ini adalah satu perkembangan yang baik. anak-anak kita yang akan mewarisi peninggalan kita, maka marilah ktia menginggalkan mereka dengan contoh-contoh yang baik seperti menjaga kebersihan, perpaduan dan semangat kejiranan yang kukuh. Saya juga berharap kita dapat memupuk semangat kesukarelawanan di kalangan anak-anak muda.
Saya berharap aktiviti gotong royong ini diketiga tiga kampung dapat dijalan kan 2 atau 3 kali setahun.
Tahniah kepada semua yang terlibat.
No comments:
Post a Comment