Beberapa Gambar Sekitar Gerakerja Di Kawasan Jerai


SILA TEKAN PADA GAMBAR UNTUK MAKLUMAT PROGRAM. TEKAN KEMBALI UNTUK MULAKAN GAMBAR-GAMBAR SEKALI LAGI. Created by TCF

Sunday, June 28, 2009

Biasiswa Nasional

KENYATAAN AKHBAR
AHMAD IKMAL ISMAIL
NAIB KETUA UMNO BAHAGIAN JERAI

Saya ingin mengalu-alukan pengumuman YAB Dato’ Seri Perdana Menteri mengenai pengwujudan skin Biasiswa Nasional untuk pelajar-pelajar SPM yang cemerlang tanpa mengira agama ataupun bangsa. Ini adalah satu idea yang positif bukan sahaja untuk pelaksanaan konsep 1Malaysia, malah langkah yang membina untuk masyarakat pada jangka masa panjang dan seterusnya satu lagi langkah mengurangkan secara perlahan-lahan penggantungan kepada “tongkat emas” selama ini .

Pengumuman ini juga membuktikan bahawa Kerajaan serius dan berada di landasan yang betul kerana sanggup berbelanja lebih banyak dana untuk memberi ilmu dan pengetahuan kepada pelajar-pelajar. Dengan adanya Biasiswa Nasional dan skim biasiswa yang sediaada, lebih ramai lagi anak-anak muda yang cemerlang dapat meneruskan pelajaran mereka di universiti-universiti terkemuka dan terbaik di dunia. Dalam masa 5 tahun (2 tahun pra-universiti dan 3 tahun universiti sekurang-kurangnya) dari sekarang, negara akan mendapat sejumlah pelajar yang telah dilatih di universiti-universiti terbaik serta bersedia untuk berkhidmat di dalam perkhidmatan awam membangun negara.

Saya ingin mencadangkan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang akan mengendalikan Biasiswa Nasional ini beberapa perkara,. Saya memohon kepada JPA , demi kepentingan semua pihak dan ketelusan, untuk mengumumkan ciri-ciri Biasiswa Nasional ini termasuk:-

i. Jumlah Biasiswa yang disediakan;
ii. Kelayakan pemohon;
iii. Adakah merit yang dicadangkan hanya berdasarkan akademik semata-mata atau
termasuk penglibatan di dalam ko-kurikulum;
iv. Kriteria semasa temuduga;
v. Kursus-kursus yang mendapat keutamaan untuk pemberian Biasiswa Nasional.

Saya yakin, dengan pengumuman oleh YAB Tan Sri Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran bahawa calon-calon SPM hanya boleh mengambil 10 subjek sahaja, ramai pelajar akan berjaya mendapat 10 A1 di dalam peperiksaan ini. Ini bermakna pihak JPA harus mencari kualiti-kualiti lain sebagai faktor-faktor memutuskan kelayakan dan seterusnya pemberian Biasiswa Nasional ini. Saya ingin mencadangkan bahawa dasar merit yang ingin digunakan ini patut mengambil kira akademik, ko-kurikulum serta kepimpinan di dalam aktiviti-aktiviti di sekolah. Proses temuduga pula patut dijalankan sebagai satu kem 3 hari 2 malam supaya dapat menilai dengan lebih baik setiap calon berbanding dengan proses sekarang di mana calon hanya berdepan dengan penemuduga 5 atau 10 minit.

JPA juga disaran menghadkan pemohon biasiswa ini kepada hanya 9A 1B ke atas. Ini akan menghapuskan sama sekali dakwaan serta gosip pihak-pihak tertentu yang kononnya pelajar-pelajar yang tidak layak akademik juga diberikan biasiswa seperti yang kedengaran setiap tahun.

Saya berharap Biasiswa Nasional ini akan dilihat sebagai satu anugerah terunggul dan menjadi rebutan pelajar-pelajar lepasan SPM untuk meneruskan pelajaran ke peringkat lebih tinggi. Kita hanya inginkan pelajar terbaik untuk biasiswa ini tanpa mengira agama mahupun bangsa, maka proses pemilihan haruslah difikir dengan baik serta terperinci. Janganlah niat dan idea yang baik yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri bertukar menjadi satu perkara yang buruk dan dikritik kerana perkara – perkara yang boleh dielakkan.


AHMAD IKMAL ISMAIL
NAIB KETUA UMNO JERAI

4 comments:

Anonymous said...

Banyak perkara yang nampaknya Melayu kehilangan sekarang pasal nak menang balik hati Cina dan India. Nak ke Cina dan India sokong balik? Jangan yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran.

remgold said...

YB Ik,
kalau nak dikira melayu menang-cina kalah atau sebaliknya dalam setiap isu, cerita tak akan habis.
saya rasa isu ini perlu dilihat begini: jika malaysia tak mau sokong pelajar2 yg terbaik ini maka mereka akan belajar di luar negera. lepas tu mereka dah tak balik lah. ataupun mereka balik dan kena sapu dengan syarikat swasta.
apapun bangsa pelajar ini yg kini mempunyai sijil tinggi, ia merupakan kerugian besar untuk malaysia dan kerajaan.
kan lebih baik kerajaan membiayai pelajaran mereka agar boleh dibawa balik (kerana diikat dgn biasiswa).
tentu mereka boleh bekerja dengan khazanah, petronas dan syarikat milik kerajaan (glc) seperti tenaga dan telekom, atau kementerian.
janganlah setiap isu dilihat dari prisma melayu rugi-cina menang.
maaf saya kata, ada lebih baik jika cina malaysia pandai menjadi ketua glc, daripada melayu malaysia bengap yg merugikan syarikat dan membusukkan nama negara.
lebih cepat orang melayu berfikir begini lebih cepat bangsa naik. tak kan sampai bila yg dah ada kedudukan tinggi dan harta pun nak sembunyi belakang deb. sampai bila?
deb sepatutnya untuk yg miskin dan lemah, bukan untuk yg dah menikmati rezeki yg melimpah.
(tk membantu wartawan spore semalam!)

Anonymous said...

Saya setuju dengan komen Arem8. Saya harap Encik Ikmal tidak terbawa-bawa dengan komen pertama kerana ianya boleh membawa padah. Kita mahukan yang terbaik dari pelajar kita untuk balik membina negara, bukan keluar dari Malaysia dan kemudiannya kutuk Malaysia.

aZRoy said...

Salam,

Konsep 1Malaysia ni la yg UMNO dok tolak dan menjerit2 ketuanan Melayu. La ni, bila Najib cakap gini plak, juak2 ni kemain menyokong balik. Aduiyaiiii