Beberapa Gambar Sekitar Gerakerja Di Kawasan Jerai


SILA TEKAN PADA GAMBAR UNTUK MAKLUMAT PROGRAM. TEKAN KEMBALI UNTUK MULAKAN GAMBAR-GAMBAR SEKALI LAGI. Created by TCF

Tuesday, June 16, 2009

Bakat di Jerai








Baru-baru ini saya telah melawat Encik Hussin Bin Lazim, seorang pembuat serunai yang tinggal di Batu 16, DUN SG Limau. Saya difahamkan di dalam Kedah sendiri, tidak ramai yang berbakat seperti Encik Hussin untuk membuat serunai daripada hanya satu blok kayu.
Encik Hussin dapat menghasilkan lebih kurang 10 serunai dalam sebulan dengan kelengkapanyang ada kini. Pihak UMNO akan cuba membantu beliau dalam mendapatkan mesin kayu lagi untuk meningkatkan produktiviti beliau.
Sesungguhnya, bakat seperti ini haruslah kita tonjolkan dan bantu. Lagi-lagi kerana serunai ini adalah satu warisan tradisi alat permainan muzik Melayu dan kian ramai yang melupainya. Serunai ini selain dimain, ianya kini menjadi hadiah cenderahati kepada tetamu-tetamu VIP di dalam majlis-majlis.
Jadi sesiapa yang ingin tempah serunai ini, berhubunglah dengan saya melalui e -mail.

4 comments:

Anonymous said...

Apa yang saudara lakukan adalah amat bagus dan patut dibuat oleh semua wakil rakyat dan pemimpin bahagian. Saya tertarik dengan pendekatan ini dan berharap ianya akan diteruskan.

Namun jika UMNO dan BN masih tidak selesai masalah dalaman dan mendapat kepercayaan rakyat secara keseluruhan, BN akan kalah PRU 13.

Wan Zul said...

Saya menyokong kerja-kerja pembangunan dan khidmat masyarakat yang tuan laksanakakan. Syabas. Moga ramai lagi ketua bahagian dan pemimpin umno akan meneruskan usaha-usaha ini.

Insyaalllah UMNO akan kembali kuat.

Saya amat sedih melihat pepecahan perpaduan antara melayu.

Saya cadangkan tuan kerap mengadakan program memberi maklumat terkini dan betul mengenai UMNO. Sekarang ni ramai sangat orang memperlekehkan dan membuat fitnah mengenai UMNO. Mereka tak sedar bahawa perjuangan UMNO dalam BN lah yang telah membawa kemerdekaan dan pembangunan kepada Malaysia.

Melayu mudah lupa.. bila senang ..lupa jasa. Kalau lupa jasa ..satu hal..buat cerita dan buat fitnah yang tak berasas mengenai pemimpin Melayu.. DA melayu lebih mudah percaya FITNAH dan tidak kepada KEBENARAN.

Kita kena sama-sama betulkan keadaan.

Tamingsari said...

Dapatkan khidmat para akademik untuk bantu. Kat UiTM ada.

Jalilmm said...

Tahniah abg Ikmal...saya tertarik dengan gaya politik abg Ikmal yang banyak mendekati rakyat...saya sangat sayangkan kawasan tempat lahir dan membesar saya dan sangat berterima kasih dengan sahabat2 spt abg Ikmal yang banyak memberikan bantuan bukan hanya dari segi wang ringgit tetapi juga pembangunan insan...Inilah wajah sebenar pemimpin dan pejuang UMNO yang didambakan rakyat...semoga wakil rakyat lain dpt menjadikan abg Ikmal sbg role model mereka...

Utk jadikan UMNO kuat kita kena buat benda baik dan benar kerana kebenaran akan bertemu titik kemenangan pada satu masa..

Jalil Muhamad
Kg Guar Stesyen,
Guar Chempedak