Beberapa Gambar Sekitar Gerakerja Di Kawasan Jerai


SILA TEKAN PADA GAMBAR UNTUK MAKLUMAT PROGRAM. TEKAN KEMBALI UNTUK MULAKAN GAMBAR-GAMBAR SEKALI LAGI. Created by TCF

Sunday, April 12, 2009

Persidangan ASEAN + 3

Saya melihat dengan penuh kesedihan apa yang terjadi di Pattaya, Thailand. Penyokong bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin telah berdemonstrasi di jalanan dan merempuh masuk ke hotel serta tempat di mana Persidangan ASEAN + 3 diadakan.

Ini telah menyebabkan Perdana Menteri Thailand, Abhisit terpaksa mengumumkan pembatalan Persidangan ASEAN +3 serta mengarahkan tentera untuk memastikan pemimpin-pemimpin negara-negara yang hadir di keluarkan dengan segera dari lokasi demi menjaga keselamatan mereka.

YAB Dato' Seri Mohd Najib juga telah terperangkap bersama Menteri Luar, Datuk Anifah Aman dan Menteri Perdagangan Antarabngsa dan Industri, Dato Mustapa Mohamed. Saya difahamkan mereka yang berdemonstrasi telah merusuh masuk ke lobby hotel dimana pemimpin-pemimpin (termasuk pemimpin kita) tinggal. Situasi keselamatan juga tidak menentu dengan pasukan keselamatan tidak dapat mengawal situasi langsung.

Selain daripada pembatalan ASEAN + 3, banyak perjumpaan-perjumpaan dua hala terpaksa dibatalkan, termasuklah di antara Malaysia dengan beberapa negara Asean dan lain. Ini telah menghalang banyak perbincangan yang dapat membantu Malaysia dan negara-negara lain berbincang dan cuba mencari penyelesaian kepada kegawatan ekonomi yang melanda negara-negara di seluruh dunia.

Untuk Thailand pula, imejnya sebagai sebuah negara selamat tercemar. Industri pelancongannya juga akan terjejas dengan amat teruk. Thailand dianggarkan mengalami kerugian masa terdekat sebanyak RM20 billion lanjutan masalah ini. Tidak siapa berani untuk menjangka kerugian jangkamasa panjang akibat rusuhan ini dan ketidakstabilan politik di Thailand. Saya yakin, tidak ada pelabur asing yang akan tertarik ke Thailand.

Demonstrasi jalanan di mana juapun, baik dengan niat baik atau tidak, walaupun tanpa berniat untuk merusuh atau mengganas, berpotensi besar untukbertukar menjadi ganas dan mengancam nyawa serta keselamatan. Kosnya kepada negara dan rakyat pula amatlah tinggi , baik dari segi ekonomi mahupun sosial.

Saya sedih kerana yang merusuh sebenarnya taklah seberapa dan boleh kita kira, yang berdemonstrasi sedikit, yang menyokong mereka pula tidak ramai. Tetapi kosnya kepada Thailand dan mereka yang inginkan keamanan serta kestabilan amat tinggi sehingga tak terkira serta berpanjangan.

Saya berdoa bahawa janganlah kita terpengaruh dengan laungan -laungan yang mengajak kita berdemonstrasi atau merusuh. Negara kita jauh dari apa-apa situasi yang menghalalkan demonstrasi dan rusuhan.

Janganlah kita merosakkan negara kita sendiri.

3 comments:

tempursakti said...

Salam Tuan,
Bangga tengok Tuan turun kebawah bertemu dengan kesusahan rakyat marhaen,teruskan tuan,yang dibawah tu lah nanti yang akan mengangkat tuan keatas.

sebagai marhaen UMNO saya ingin berpesan,kalau tuan sebagai doktor,tuan buka kelinik tapi orang tak mau mai kelinik tuan,tak dak maknanya kedoktoran tuan,tapi jika tuan tau orang yang sakit tak mau mai kekelinik tuan,maka wajarlah tuan sendiri bawa kelengkapan tuan pi jumpa pesakit pesakit itu ditempat mereka,nescaya akan sembuh penyakit mereka dan jasa tuan tetap akan dikenang.

tengok-tengok kepala 10 sama.......

Detguaq said...

regarding of your topic about misused fund, I hope you feel free to comment about pempena sdn bhd.

Hagemaru said...

salam tuan,

saya harap apeyang berlaku di thailand dapat dijadikan panduan kepada semua golongan muda yang sentiasa di terapkan kesamaan kebebasan, saya harap tuan dapat bg pandanga pada BTN agar susun kembali modul kursus.Saya amat bersetuju jika apa yang di tulis oleh tuan agar pihak yang berwajib dapat menjadi asas bermulanya kita menentang keganasan...berani berubah tuan,