Beberapa Gambar Sekitar Gerakerja Di Kawasan Jerai


SILA TEKAN PADA GAMBAR UNTUK MAKLUMAT PROGRAM. TEKAN KEMBALI UNTUK MULAKAN GAMBAR-GAMBAR SEKALI LAGI. Created by TCF

Sunday, April 19, 2009

Masalah keciciran pelajar

Kira-kira sebulan lepas, saya telah melawat satu keluarga di Alor Pudak (bahagian Jerai) kerana mendapat tahu ada seorang anak kecil berumur 8 tahun yang telah tidak bersekolah sejak awal tahun lagi. Saya dapati bahawa anak kecil ini ingin ke sekolah tetapi kerana masalah di mana ibubapanya bercerai dan ibunya telah berpindah balik ke Alor Pudak dari kawasan lain, ibunya tidak tahu bagaimana untuk memasukkan beliau ke sekolah di kawasan baru ini.

Alhamdulillah, dengan kerjasama PPD, kami telah mendapat kebenaran mendaftar anak kecil ini ke sebuah sekolah yang berhampiran. Hari ini anak kecil yang bernama Haikal ini akan meneruskan persekolahan beliau di dalam tahun 2 (sila lihat gambar).

Ini bukanlah kes pertama yang telah diselesaikan di dalam bahagian Jerai. Beberapa kes lain di luar kawasan Jerai juga telah dimaklumkan dan dapat saya bantu selesaikan dengan anak-anak kecil ini dapat pergi ke sekolah.

Adalah amat penting untuk anak-anak kecil ini pergi ke sekolah, mendapat ilmu dan bimbingan, sekurang-kurangnya sehingga tingkatan 5. Jikalau tidak apa akan jadi pada mereka, tanpa pengetahuan mahupun ilmu, merekalah yang akan menjadi mat rempit, minah bohsia, mencuri dan merempat di tanahair sendiri. Jangan kita bercerita yang mereka akan menjadi pemimpin atau korporat yang besar dan berjaya, saya bersyukur jikalau mereka sekurang-kurangna mempunyai ilmu untuk dapat berdikari dan mencari duit yang halal pada masa hadapan. Tentu, kalau semua dapat masuk Universiti dan berjaya, lebih elok.

Saya ingin meneruskan hasrat dan niat saya membantu pelajar-pelajar tercicir walaupun saya bukan lagi Pengerusi Biro Pendidikan Pemuda UMNO Malaysia. Tidak kisah di mana jua pelajar ini berada, tanpa mengira agama, bangsa mahupun fahaman politik, jikalau ada sesiapa yang ada maklumat mengenai masalah pelajar tercicir, saya mohon untuk maklumkan kepada saya.

Sama-sama kita cuba membantu anak-anak kecil ini demi kita membantu masa hadapan negara.

4 comments:

bukit teluk sera said...

salam tuan blog.

ketua kampung di jerai tak round kampung ke? atau orang kampung tak tahu siapa ketua kampung. atau orang kampung yang susah tak tahu nak mengadu pada siapa.

masalah keciciran memang perlu ditangani segera.

Ahmad Ikmal said...

Bukit Teluk Sera, maaf saya terlupa nak maklum. Yang memaklumkan saya mengenai kes kes ini adalah Ketua - Ketua Cawangan UMNO yang juga merupakan Pengerusi JKKKP.

Saya bersyukur dan berterimakasih kerana mereka bekerjasama dengan saya. Jikalau ada maklumat lain, saya mengalu-alukan.

tempursakti said...

Tahniah Tuan,
Langkah terbaik dalam memperkuat dan memperkasakan khidmat kepada rakyat.

Jika ramai pemimpin UMNO mempunyai gerak kerja yang sedemikian akan bertambah mudahlah rakyat mendekati dan memahami UMNO.

Saya menyokong dan amat menghargai khidmat bakti yang tuan usahakan,inilah tuntutan amanah yang perlu dilaksanakan oleh seorang yang diangkat sebagai pemimpin.

Detguaq said...

Salam Bro,

Tahniah atas usaha beterusan anda dalam memastikan anak bangsa terus dapat menghirup ilmu bagi mencorak masa depan. Diharap sistem penyampaian maklumat dapat dipertingkatkan dengan berkesan.

Alasan kemiskinan bukan lagi sepatutnya menjadi tembok kerana diketahui bahawa Malaysia sudah mempu menghulur bantuan antarabangsa kpd negara2 yg ditimpa bencana, maka kes2 keciciran murid ini bukanlah masalah jika kita dapat mengesan dengan segera. Mekanisma yang tepat perlu direka bagi mendapatkan maklumat dengan lebih pantas agar masaalah ini juga dengan pantas dapat di atasi.

Teruskan usaha murni anda demi anak bangsa.