Beberapa Gambar Sekitar Gerakerja Di Kawasan Jerai


SILA TEKAN PADA GAMBAR UNTUK MAKLUMAT PROGRAM. TEKAN KEMBALI UNTUK MULAKAN GAMBAR-GAMBAR SEKALI LAGI. Created by TCF

Friday, January 30, 2009

Sayap-Sayap UMNO

Saya ingin mengulas cadangan YTM Tengku Tan Sri Rithauddeen yang menyarankan sayap sayap dalam UMNO yakni Wanita, Pemuda dan Puteri termasuk Putera di mansuhkan. Saya menghormati YTM Tengku sebagai orang yang berpengalaman dan lama di dalam bidang ini. Namun saya juga terpanggil untuk mengulas mengenai cadanga beliau.

Pertamanya biar saya betulkan tanggapan salah dari ramai orang termasuk YTM Tengku sendiri. Putera adalah satu Biro di bawah Pemuda UMNO. Ianya bukanlah satu sayap tersendiri.

Penubuhan sayap-sayap UMNO telah dibuat dengan satu tujuan utama, yakni menyediakan platform khusus kepada golongan-golongan fokus dalam minat dan semangat mereka untuk membantu parti dan rakyat. Pergerakan Wanita, yang dulunya dikenali sebagai pergerakan kaum ibu, telah berjaya membantu berjuta masyarakat wanita melalui platform UMNO dan BN sejaka dari awal lagi. Begitu juga pergerakan Pemuda dalam membantu kaum belia serta puteri yang ditubuhkan baru-baru ini untuk membantu dan mendampingi kaum wanita muda dalam lingkungan 18 tahun hingga ke 35 tahun.

Pada masa yang sama, ramai daripada pemuda dan wanita muda ini mendapat pendedahan dan tunjukajar pentadbiran politik awal. Ini telah membawa kepada kematangan politik awal. Proses ini sebenarnya telah memberi kesan yang amat positif dari segi menyediakan lapisan kepimpinan muda yang matang dari segi pentadbiran dan pemikiran politik serta pentadbiran. Proses ini juga kita kenali sebagai satu proses peremajaan parti dan kerajaan.

Pada masa yang sama, penubuhan puteri dan biro putera telah memberi satu platform untuk golongan muda menjadi aktif didalam politik. Kita harus akui, pemimpin –pemimpin politik yang telah menjangkaui usia 50an, 40an atau 40 sekalipun, mungkin dan susah untuk memahami cara pemikiran dan budaya golongan mereka di antara 18 hingga 25 tahun. Aktiviti-aktiviti mereka, pendekatan, pemikiran, apa yang mereka suka dan tidak suka – ini semua amat berlainan dengan seorang yang telah berumur 40 tahun atau lebih. Jikalau anak-anak muda ini tidak didampingi serta diberikan ruang dan peluang melalui satu platform yang sah, mereka mungkin akan memesong kea rah aktiviti-aktiviti yang tidak sihat serta bermasalah seperti bohsia,mat rempit, jenayah dan sebagainya.

Kerana dua sebab inilah kenapa Puteri dan Biro Putera di bawah Pemuda UMNO di tubuhkan.

Alasan yang telah diberikan YTM Tengku bahawa pemansuhan sayap-sayap akan mengurangkan rasuah harus kita teliti dengan mendalam. Adakah kerana kewujudan sayap-sayap ini rasuah timbul? Atau adakah kerana beberapa individu yang kebetulan bertanding di dalam sayap-sayap ini yang mengamalkan rasuah yang menjadi masalah. Adakah dengan pemansuhan sayap-sayap ini secara langsung dan berkesan menghapuskan rasuah?

Jawapannya adalah kewujudan sayap-sayap tidak membawa kepada rasuah. Ini adalah masalah individu dan pemansuhan sayap-sayap tidak akan menghapuskan rasuah.

Jikalau individu-induvidu berasuah ini ini tidak dikenali sebagai wanita atau pemuda atau puteri sebagai contohnya, mereka masih lagi ahli UMNO, dan mungkin mereka akan bertanding di peringkat tertinggi UMNO. Dan jikalau seseorang itu memang mempunyai personaliti dan pemikiran rasuah, tidak kira beliau berada di wanita, pemuda, puteri atau induk sekalipun, beliau akan terus membeli undi untuk meraih sokongan.

Maka membakar kelambu untuk membunuh nyamuk bukanlah jawapannya. Kita harus mencari individu-individu ini dan mendisiplinkan mereka. Kita harus menjalankan tugas kita tanpa mengira pangkat ataupun bulu.

Saya juga beranggapan bahawa jikalau ada kelemahan di dalam sayap-sayap ini, maka menjadi tanggungjawab kita bersama untuk membetulkan dan membentuk budaya yang sihat untuk mereka ini , lebih-lebih lagi di dlaam pemuda, puteri dan biro putera. Bagaikan kata pepatah melentuh buluh biarlah dari aurnya.

Saya difahamkan bahawa masalah beli undi in bukan sahaja berlaku di dalam UMNO tetapi saya dimaklumkan ianya juga berlaku di dalam parti-parti lain, baik dalam Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat.

Janganlah kerana nila setitik, susu sebelanga habis dibuang. Janganlah kerana seorang dua yang membuat salah, habis satu kampung dibakar.

Sekadar pandangan seorang ahli muda.

2 comments:

Detguaq said...

Tau tak pa!!!

Chris Cjin said...

i agree with you! What was he thinking? Don't know how to analyse - simply go blaming everywhere. "The student cannot be greater than the teacher, nor the servant greater than the master" - if the wings are "tainted", what more the leaders? hmmm - time for the dinosaurs to go. UMNO must change. And it is really up to the youth wings to fight for that change.