Beberapa Gambar Sekitar Gerakerja Di Kawasan Jerai


SILA TEKAN PADA GAMBAR UNTUK MAKLUMAT PROGRAM. TEKAN KEMBALI UNTUK MULAKAN GAMBAR-GAMBAR SEKALI LAGI. Created by TCF

Friday, October 16, 2009

Program Jejak Akar bersama KEMAS Daerah Yan


Baru-baru ini saya telah melawat beberapa buah rumah di sekitar DUN Sg Limau bersama KEMAS Daerah Yan. Kami telah pergi menziarahi rumah - rumah mereka yang telah di kategorikan sebagai susah dan memerlukan bantuan di bawah Program Tambahan Makanan Seimbang.

Di bawah program ini, keluarga-keluarga yang dipilih adalah mereka yang susah dan mempunyai anak-anak kecil yang menghadiri kelas tabika KEMAS dan yang menghadiri sekolah. Keluarga-keluarga ini telah diberi makanan berkhasiat seisi keluarga termasuklah susu tepung, vitamin (untuk anak-anak), milo (atau tepung coklat) dan sebagainya. Antara objektif utama adalah untuk memberi makanan berkhasiat untuk anak-anak sebagai apa yang kita panggil brain food ataupun makanan untuk menjadikan otak dan minda mereka cerdas.

Kami mengambil keputusan untuk menziarahi terus ke rumah-rumah mereka supaya dapat melihat masalah keluarga-keluarga ini serta berbincang apa-apa yang boleh kami bantu selain Program ini. Dengan cara ini barulah kami betul-betul dapat membantu serta memahami cara mereka menjalankan kehidupan harian mereka. Dengan cara ini juga, ianya memberi peluang untuk saya meninjau secara dekat perkembangan kampung-kampung dan bersembang dengan penduduk-penduduk lain juga.

Alhamdulillah, KEMAS Daerah Yan telah membantu sebaik mungkin dan berjaya menjadi salah satu agensi kerajaan yang menghubungkan kepimpinan dengan masyarakat secara efektif. Saya juga gembira dengan komitmen yang ditunjukkan dalam gerakerja kita bersama.

Yang naik gerek ( bahasa Kedah untuk basikal) ni adalah salah seorang kakitangan KEMAS yang juga AJK UMNO Bahagian Jerai.....dah lama tak naik kot, teringin sangat....selamat tak jatuh, kalau tidak jadi cerita lain.........





Moga usaha ini kita teruskan bersama.....

1 comment:

Anonymous said...

well done! alhamdulillah

MRA