Beberapa Gambar Sekitar Gerakerja Di Kawasan Jerai


SILA TEKAN PADA GAMBAR UNTUK MAKLUMAT PROGRAM. TEKAN KEMBALI UNTUK MULAKAN GAMBAR-GAMBAR SEKALI LAGI. Created by TCF

Monday, October 19, 2009

Pindaan Perlembagaan UMNO

Semasa menyampaikan ucapan penerimaan jawatan Presiden di hari terakhir Persidangan Agung UMNO 2008, YAB DS Naib telah berkata " Sekiranya kita berani membuat perubahan, sokongan kepada UMNO dan Barisan Nasional akan kembali dan kita boleh pulih kedudukan kita"......dan "jikalau kita tidak berani atau tidak mahu berubah, maka kita akan rebah"........

Alhamdulillah, Persidangan Agung UMNO 2009 menjadi saksi kepada peristiwa sejarah meminda perlembagaan untuk UMNO berubah. Secara ringkasnya, pindaan perlembagaan ini mengambil tiga pendekatan. Bahawa UMNO perlu menjadi dan dilihat lebih terbuka, lebih demokratik dan lebih inklusif.

Secara ringkasnya terdapat 9 pindaan perlembagaan yang besar.:-

i. Ahli mengundi

Penambahan ahli-ahli yang akan mengundi dan memilih Jawatan-Jawatan Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden, MT. Jikalau dulu hanya 2,600 orang perwakilan terdiri daripada 13 orang setiap bahagian yang akan mengundi dan memilih, kini dianggarkan seramai 146,500 orang ahli yang akan mengundi dan memilih yakni lebih kurang 500 lebih setiap bahagian. Mereka ini terdiri daripada ahli-ahli cawangan yang mewakili akar umbi seluruh negara.

Ulasan Ringkas

Pindaan ini akan memastikan bahawa lebih ramai rakyat dari pelbagai latar belakang, baik kaya atau miskin, tinggal di Bandar mahupun kampung dan sebagainya dapat menentukan kepimpinan tertinggi UMNO. Ini juga akan memastikan penentuan ini tidak hanya terletak pada 13 orang setiap bahagian yang mungkin mempunyai agenda tersendiri untuk seseorang itu naik, tetapi kepada lebih kurang 500 orang satu bahagian yang mungkin tidak langsung mengenali calon itu secara peribadi tetapi dapat merasakan usaha kerja dan jasa calon itu kepada rakyat.

Persepsi bahawa adalah senang menyogok lebih kurang 2,500 perwakilan dengan duit (politik wang) juga terhapus. Cuba sogok 146,500 pengundi seluruh negara.

ii. Kuota kelayakan untuk bertanding

Sebelum ini, sesiapa yang ingin bertanding jawatan – jawatan tertinggi termasuklah di peringkat MT atauketua, timbalan dan naib ketua bahagian harus mendapat pencalonan minima sebelum layak bertanding. Pindaan perlembagaan ini hanya meletakkan syarat minima yakni:-

a. Pertandingan peringkat MT, Calon harus pernah memegang mana-mana jawatan Ahli Jawatankausa bahagian selama satu penggal.

b. Pertandingan peringkat bahagian, calon harus sudah menjadi ahli selama satu penggal.

c. Calon-calon haruslah mendaftarkan dirinya bersama penyoknog dan pencadang untuk bertanding.

Ulasan Ringkas

Memudahkan bakat-bakat baru untuk menawarkan diri untuk berkhidmat kepada rakyat melalui UMNO. Tidak ada sekatan atau halangan yang menidakkan bakat-bakat baru ini bertanding.

iii. Penambahan kuota Wanita

Pelantikan Wanita sebagai AJK lantikan tambahan di peringkat MT, Bahagian dan Cawangan seterusnya pertambahan AJK disetiap peringkat.

Wanita diberi kuota tambahan di semua peringkat dari 1 automatik ke 2 lantikan automatik.

Ulasan ringkas

Sebagai satu penghormatan kepada Wanita atas kesetiaan dan penant lelah mereka. Lebih-lebih lagi Wanita merupakan nadi dan tiang kepada UMNO.

iv. Yuran

Yuran seumur hidup kini adalah RM2

v. Perwakilan Automatik

Ketua-ketua sayap diperingkat cawangan kini menjadi perwakilan automatik ke peringkat bahagian.

Ulasan Ringkas

Satu pengiktirafan kepada ketua-ketua sayap cawangan. Ianya satu pengiktirafan kepada orang muda melalui Pemuda dna Puteri.

vi. Setiausaha Bahagian

Setiausaha Bahagian kini menjadi perwakilan automatik

Ulasan ringkas:-

Pengiktirafan kepada SUB yang berfungsi sebagai Ketua Pegawai Operasi atau Chief operating Officer bahagian bahagian. Satu kerja yang sukar dan bukan ramai boleh melakukannya.

vii. Penerimaan keahlian

Ketua-ketua sayap kini diberi mandat untuk menerima dan meluluskan permohonan mengikut sayap masing-masing.

Ulasan Ringkas:-

Lebih banyak ruang untuk orang muda menyertai parti tanpa sekatan oleh sesiapa.

Pindaan Perlembagaan ini telah diluluskan tanpa ada halangan atau bantahan. Ini menunjukkan para perwakilan sedar perlunya UMNO berubah.

Saya yakin pindaan ini dapat merevolusikan UMNO dan mengukuhkan UMNO kembali. Ucapan YAB DS Najib juga adalah amat bagus, bersemangat, ikhlas, bermuhasabah serta penuh keazaman untuk UMNO memimpin membangunkan negara untuk semua orang termasuk semua agama dan bangsa, bukan sahaja ahli-ahli UMNO.

3 comments:

Anonymous said...

aku tengok yan ni dah teruk. tok mi dok syok sendiriaja. ku rahman dok pakai bush jaket dia ja, jumpa orang tapi sombong..hang pula dok turun jumpa rakyat tapi ajk lain tak dak...awat? orang lain dalam umno tak nak ka tolong kami semua macam hang dok buat tu?

walau aku suka apa hang buat, tapi hang sorang tak boleh selesai semua masalah kat yan ni...semua kena sama sama kerja....kalau tidak dari gemuk terus keringlah hang nanti....

Detguaq said...

Alangkah baiknya jika ramai lagi anon dari Jerai berani bersuara. Tetapi jangan pula hanya menjerit seperti tarzan tapi seluruh unggas buat derk saja....

Anon boleh ajak kawan-kawan komen kat blog saya mengenai satu tajuk:

http://pelantaqhujah.blogspot.com/2009/10/jangan-terus-mengomelketua-cawangan-pun.html

Sorry bro, aku promo posting aku kat sini....

Kita perlukan lebih ramai trooper tampil membantu!!!

Unknown said...

salam 1malaysia.

kenapa abg x bgtau ade blog?
nasib baik hati saya tergerak nak cari.

saya akan sentiasa refer disini untuk ape2 isu terbaru abang.

abg pun boleh membuat apa sahaja komen tentang politik di yan bukan setakat majlis sahaja.

salam sinar harian
fairus