Baru-baru ini pihak JKKKP Kampung titi Teras telah mengadakan majlis Jamuan Kampung Terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri. Alhamdulillah, ramai yang telah hadir dan sambutan adalah amat meriah. Ramai anak-anak yang hadir dan seronok, lebih-lebih apabila mereka mendapat duit Raya.
Saya seronok, bangga dan gembira melihat kerjasama dan perpaduan yang jelas terpancar untuk menjayakan program ini. Malah saya terkejut dan amat gembira apabila mendapat tahu OCS Guar Chempedak telah volunteer dan dengan sendirinya menyediakan teh tarik untuk semua. Cuba tengok di atas untuk gambar beliau menyediakan teh tarik bersama isteri. Inilah polis dan komuniti sebaik-baiknya.
Alhamdulillah, moga kampung dapat menganjurkan lebih banyak program-program kemasyarakatan demi perpaduan kampung.
Sedap makan..............
3 comments:
alhamdulillah...
rugi sy tak dapat join program kg sendiri. moga2 tahun2 mendatang bakal wujud lagi program komuniti sebegini, aminnn...
Eden pun ghaso ghogi kerano tak dapek poi ghumah tebuko tu...
ntah bilo dapek bejumpo ekau ikmal..
Super.....
M.R.A
Post a Comment