Beberapa Gambar Sekitar Gerakerja Di Kawasan Jerai


SILA TEKAN PADA GAMBAR UNTUK MAKLUMAT PROGRAM. TEKAN KEMBALI UNTUK MULAKAN GAMBAR-GAMBAR SEKALI LAGI. Created by TCF

Monday, March 9, 2009

PPSMI Part II

KenyataanAkhbar
Pengerusi Biro Pendidikan
Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia


Saya ingin menyatakan kesedihan saya membaca laporan-laporan media mengenai ‘perarakan’ membantah PPSMI yang diadakan semalam di Kuala Lumpur. Kebenaran yang telah diberikan oleh pihak polis, yakni berkumpul di Masjid Negara sahaja, tidak diendahkan oleh mereka yang berhimpun, malah melanggar perjanjian awal dengan terus berarak beramai-ramai menghala ke Istana Negara.

Jelas sekali, kehadiran pemimpin-pemimpin pembangkang telah menukar corak perhimpunan ini yang pada asal niatnya adalah aman tanpa provokasi seperti yang dijanjikan oleh Y Bhg Datuk Dr Hassan Ahmad dan Datuk A Samad Said, kepada satu perarakan dan demonstrasi yang jelas melanggar arahan pihak polis serta undang-undang negara. Jelas sekali pemimpin-pemimpin pembangkang telah mengambil kesempatan atas niat dan perjuangan pejuang-pejuang bahasa.

Saya ingin menyeru kepada pihak Kementerian Pelajaran dan Kerajaan supaya tidak tergesa-gesa bertindak atau tunduk kepada mana-mana pihak terutamanya gerakan-gerakan yang didalangi oleh pihak pembangkang. Pihak pembangkang ini hanya ingin mengambil kesempatan dan “mileage” politik atas perjuangan pejuang-pejuang bahasa yang kita sanjungi dengan mengheret mereka untuk berdemonstrasi dan melanggar undang-undang tanpa sebenarnya mengambil kira keselamatan, perpaduan ataupun kestabilan negara.

Tindakan pihak pembangkang yang telah mengeksploitasi Datuk Dr Hassan Ahmad, Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dan lain – lain telah mencemar imej dan kedudukan kehormat mereka di dalam masyarakat. Penggunaan Masjid Negara, seperti juga penggunaan Masjid Ubaidiah di Kuala Kangsar baru-baru ini oleh pihak pembangkang, juga telah menconteng arang kepada institusi masjid yang menjadi tiang teguh di dalam masyarakat Islam di negara ini.

Dimanakah YB Datuk Seri Abdul Hadi Awang, YB Nasharuddin Mat Isa serta pemimpin-pemimpin pembangkang yang lain apabila kerajaan Pulau Pinang yang di ketuai oleh DAP merendahkan martabat Bahasa Kebangsaan dalam isu tanda jalan? Mengapakah individu-individu ini tidak membangkang apabila rakan mereka sendiri, yakni DAP, memperkecilkan Bahasa Kebangsaan kita?

Rakyat kini inginkan kestabilan di dalam negara kita. Budaya keganasan, demonstrasi dan perarakan bersifat provokasi seperti yang kerap dibuat oleh pembangkang bukanlah budaya rakyat Malaysia. Jikalau budaya pembangkang ini dibenarkan berlarutan, maka keselamatan, ekonomi, sosio-ekonomi serta politik negara akan terus tidak stabil. Ini akan hanya membawa kepada kesan-kesan yang amat negatif untuk negara dan rakyat.

Saya merayu kepada semua pihak terlibat untuk rasional dan memikirkan kesan-kesan daripada insiden semalam. Jikalau 5 siri perbincangan meja bulat yang telah diadakan baru-baru ini tidak memadai, saya menggesa pihak-pihak yang tidak berpuashati terus berbincang dengan pihak Kementerian Pelajaran secara berhemah.

Berikanlah ruang untuk pihak Kerajaan menumpukan perhatian kepada isu-isu lain termasuk membantu rakyat menghadapi masalah ekonomi yang kita hadapi kini tanpa perlu memikirkan soal-soal demonstrasi atau keganasan jalanan.





Ahmad Ikmal Ismail
Pengerusi Biro Pendidikan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
Naib Ketua UMNO Bahagian Jerai
8 Mac 2009

4 comments:

littlesparrow said...

also caused a lot of practical inconveniences to those of us who had functions in KL .... road closures, traffic snarls ... bad image for the country too -- KL was so quiet as people were afraid -- retail businesses already reeling from the economic downturn -- it would augur well if we could learn to find resolutions over roundtable talks and in a more civil manner rather than public demonstrations.

victorian said...

I was badly affected by the jam caused by the demonstrations. Honestly, if the opposition does not know how to behave itself and start being a credible opposition, I will not vote or help my PKR candidate again in the next election.

This is stupid. I want a check and balance, not street demos, frog jumping and an obsession to politics without thinking of all of us who are trying to make a living.

BN Government is also no better if you continue to bicker politics only with the PR. Get on to work.

akusayangumno said...

Semuga rakyat yang menjadi penyokong senyap dapat menilai mutu politik pembangkang yang sanggup memangsai masadepan anak-anak yang sedang menimba ilmu hanya kerana matlamat busuk mereka, walaupun alasan mereka tidak kukuh langsung berbanding alasan penyokong PPSMI dari pelbagai golongaN.

azril_helcom@hotmail.com said...

I'm telling you the problem student do not understand science in schools is not because of PPSMI of failure to grasp the english language. BUT THE PROBLEM IS THE METHOD OF TEACHING!!!!

Science is a hands on subject in which we need to experience it i.e making or doing practical experiment. To tell you the truth in Malaysian school, the teacher do not commit themselves to do it, we prefer to teach the subject in terms of preparing the student to answer examinations not the learn the concept and create a trial and error method.

Ask your son or daughter how many times they learn science in the science lab or how many science project they ever did. I bet it would be less than 10% of their respective subject time. Please government have this problem relook.

Now, ask the government how much monies they spent on buying science equipment or related project based equipment? Spent few billions in buying projectors, laptop and software and only spent a few million buying science equipment. Sometimes I wonder who decide these kind of thing. I think due to the sensational issues of which language we need to use to teach we forgot the basic requirement in teaching science. I hope you can check on this.

I'm running a company which specialize in developing experiment module for science and as an expert in the subject matter, all of the party that involve in the ppsmi discussion overlook this very important issue. I can prove that with my equipment in which we export the idea to other countries, I can teach primary school student better than the current method.

WE NEVER SPENT ENOUGH TO DEVELOP SCIENCE EDUCATION IN MALAYSIA.