Beberapa Gambar Sekitar Gerakerja Di Kawasan Jerai


SILA TEKAN PADA GAMBAR UNTUK MAKLUMAT PROGRAM. TEKAN KEMBALI UNTUK MULAKAN GAMBAR-GAMBAR SEKALI LAGI. Created by TCF

Thursday, May 13, 2010

Surat kepada Utusan dan Berita Harian

Hari Guru

Guru di kenali juga sebagai Cikgu,Ustaz / Ustazah, Sifu, Vathiyar, Teacher.

Guru – pendidik, pembimbing, pengisi ilmu.

Guru – ibu dan bapa yang melindungi dan menjaga kita di sekolah.

Guru yang akan mencorakkan dan mewarnai kain kanvas yang putih dengan ilmu, budi dan bahasa.

Tidak akan kita sampai ke tahap kita kini, yang berjaya atau sedang dalam perjalanan untuk berjaya tanpa guru memberi ilmu, menyediakan landasan kukuh di bangku sekolah dan universiti.

Saya amat terhutang budi kepada guru-guru saya – baik di sekolah, tuisyen, ,mengaji mahupun semua yang telah memberi ilmu kepada saya. Budi yang tidak dapat ku balas, selain mendoakan bahawa supaya mereka senantiasa diberkati dan dilindungi. Ilmu yang akan kugunakan sepanjang hayatku.

Itulah betapa mulianya guru yang ikhlas dan telah meberiku ilmu kepadaku.

Maka saya membantah sekeras-kerasnya arahan Kementerian yang telah mengarahkan guru-guru untuk bergotong – royong mencuci tandas dan sebagainya di sekolah. Walaupun saya bukan seorang guru, namun saya berpendapat arahan ini amat salah malah tidak langsung mempunyai elemen yang menunjukkan penghargaan kepada guru-guru. Bagaimana guru-guru akan rasa dihargai atau ingin menyambut hari khas untuk mereka apabila mereka dikerah untuk membuat kerja gotong –royong di sekolah dan bukannya hari yang meraikan penat lelah mereka.

Pada masa sama, arahan mengerahkan murid-murid untuk bergotong royong pada Hari Guru juga adalah salah. Apa signifikannya secara langsung membershikan tandas, mengutip sampah dan sebagainya dengan sambutan Hari Guru?

Hari Guru sepatutnya disambut dengan meraikan guru-guru yang telah banyak berjasa di peringkat sekolah dan masyarakat. Hari Guru sepatutnya diraikan dengan ucapan setinggi terimakasih kepada guru-guru. Saya mengalu-alukan malah gembira bahawa kepimpinan tertinggi negara, PM, TPM dan seluruh cabinet telah mengambil masa menandatangani kad ucapan Hari Guru selepas mesyuarat Kabinet Rabu lepas. Ini menunjukkan bahawa pemimpin-pemimpin negara mengakui dan juga menghargai pengorbanan dan usaha guru – guru yang ikhlas yang merupakan barisan hadapan utama serta paling penting dalam membina modal insan.

Sepatutnya sambutan diadakan disetiap sekolah untuk menyambut hari guru dengan pelbagai cara – pertunjukan pentas oleh pelajar, majlis makan, kenduri, baca tahlil untuk yang telah meninggal dan sebagainya. PIBG juga seharusnya memainkan peranan penting untuk menggerakkan sambutan hari guru.

Saya berasa amat kecewa dengan pegawai yang telah memberi idea dan mengeluarkan arahan untuk guru-guru bergotong-royong membersihkan sekolah. Kita inginkan guru-guru bersama kerajaan. Adakah ini caranya?

Hari Guru telah hilang sinarnya dengan arahan surat pekeliling tersebut.

AHMAD IKMAL ISMAIL

NAIB KETUA UMNO JERAI

1 comment:

Hazleen said...

Tahniah..Terima kasih pada saudara Ikmal..sekurang2nya atas sensitiviti tuan terhadap isu ini. Saya seorang guru..bukan tak mau bergotong royong..guru2 dan murid2 mmg biasa buat gotong royong..mcm utk H1N1 or Denggi..we dont mind at all..bukan dlm area sekolah,malah dlm kaw taman perumahan pun..but bila tajuknya Gotong Royong Perdana Sempena Hari Guru..aduhhh..pilunya hati saya..lebih2 lagi melihat reaksi rakan2 guru..mmg tak membantah..mmg tak bersuara..tapi kehampaan itu amat terasa.Api tak nampak..tapi mcm ada bau benda hangus..hati yg terbakar kot? Bercakap ttg maruah guru..memartabatkan profesyen perguruan..retorik? Syabas Tuan.Ikhlas dari hati saya ucapkan Selamat Hari Guru buat Tuan,kerana pastinya Tuan juga berperanan mendidik..bukan Selamat Hari Gotong royong ye? Ha3.