Beberapa Gambar Sekitar Gerakerja Di Kawasan Jerai


SILA TEKAN PADA GAMBAR UNTUK MAKLUMAT PROGRAM. TEKAN KEMBALI UNTUK MULAKAN GAMBAR-GAMBAR SEKALI LAGI. Created by TCF

Saturday, July 25, 2009

Pelancaran Program Cari DUN Sg Limau

Di dalam gerakerja saya sepanjang menjadi Naib Ketua Bahagian, saya telah menziarahi ramai orang di dalam kawasan Jerai yang mempunyai pelbagai masalah kehidupan (seperti tertera di atas dalam gambar-gambar). Mereka ini termasuklah yang terlantar di atas katil kerana sakit, lumpuh, Orang Kurang Upaya, ibu tunggal,Warga Emas dan sebagainya. Ramai daripada mereka ini tidak mendapat lagi bantuan kebajikan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat dan menghadapi kesempitan hidup. Bukan salah JKM kerana terlalu ramai yang memerlukan bantuan manakala JKM tidak mempunyai kakitangan mencukupi untuk ‘cover’ keseluruhan kawasan dengan cepat. Sebagai contoh, Parlimen Jerai mempunyai lebih daripada 60,000 pengundi berdaftar dan jikalau dari segi UMNO, mempunyai lebih kurang 150 cawangan. Ini bermakna kawasan Jerai ini amat luas dan ramai penduduk.

Saya juga sedar bahawa saya sendiri tidak dapat ‘cover’ keseluruhan kawasan dengan cepat dan akan memakan masa yang terlalu lama. Maka, dalam usaha untuk membantu mereka ini yang memerlukan bantuan dengan lebih cepat dan efektif, baru-baru ini saya telah mengadakan satu majlis pelancaran dan taklimat Program Cari untuk semua Ketua Cawangan / Pengerusi JKKKP dan Setiausaha Cawangan / JKKKP DUN Sg Limau.

Sebagai Penyelaras DUN Sg Limau dan melalui Pejabat Pembangunan Negeri, saya telah menjemput Jabatan Kebajikan Masyarakat Kedah dan Daerah untuk memberi taklimat mengenai program-program dan bantuan yang mereka sediakan terutamanya di bawah Program Cari. Taklimat ini merangkumi bantuan-bantuan yang disediakan oleh JKM dan kelayakan-kelayakan yang diperlukan. Berbekalkan maklumat ini yang juga telah disediakan secara bertulis, saya mengharapkan ketua-ketua cawangan serta JKKKP akan mengenalpasti individu-individu yang layak di dalam kampung masing-masing untuk diberi bantuan kebajikan, tanpa mengira fahaman politik agama ataupun kaum. Pada hemat saya, mereka lebih mengetahui secara mendalam masalah yang ada di dalam kampung mereka sendiri dan dapat ‘cover’ dengan lebih berkesan dan cepat. Cara ini juga dapat merapatkan ketua-ketua cawangan / JKKKP dengan anak buah mereka serta menunjukkan Kerajaan Pusat dan UMNO sememangnya ingin mendekati dan membantu rakyat di peringkat akar umbi.

Alhamdulillah, hampir semua ketua cawangan / pengerusi JKKKP atau setiausaha mereka telah hadir untuk taklimat dan pelancaran program kerjasama JKM, JKKKP dan UMNO ini. Sambutan amat menggalakkan dengan pelbagai soalan dan pendapat telah dilontarkan kepada pihak JKM. Walaupun pihak kami telah menyediakan lebih kurang 200 borang Program Cari untuk diedarkan, ianya telah habis seperti pisang goreng panas. Sambutan ini menunjukkan kesungguhan dan keikhlasan ketua-ketua cawangan / JKKKP / Setiausaha untuk membantu rakyat di peringkat kampung-kampung mereka. Saya yakin, dengan cara ini, banyak masalah dan individu-individu yang tertinggal sebelum ini dapat dibantu, lebih-lebih lagi dengan kerjasama baik daripada JKM.

Moga Allah merahmati dan membalas budi dan jasa pegawai-pegawai JKM, Ketua-Ketua Cawangan / Pengerusi JKKKP dan Setiausaha-Setiausaha serta semua yang menjayakan Program Cari ini. Saya telah mencadangkan kepada Ketua bahagian / Penyelaras Parlimen Jerai supaya program ini dapat dijalankan di peringkat Parlimen.

InsyaAllah, sama-sama kita membantu mereka yang memerlukan bantuan.

Wednesday, July 22, 2009

MACC - III

I am glad to learn that the Cabinet has agreed to the setting up of a Royal Commission to probe into Teoh's untimely death. It proves to me that the Government is serious about taking care of the rakyat's wellbeing and listening to the Rakyat.

At the same time, given the serious nature of the case including the possible negative effect on MACC's integrity and credibility, the action to be taken must and is nothing less than a Royal Commission. However, the Royal Commission will need all the help it can get, especially from the forensics (police), MACC and any other party that might be involved including individuals and politicians.

I also hope with the setting up of the Commission, everyone especially PKR and DAP would respect this Commission enough to allow them to do their work. The opposition acted very irresponsibly by organising a gathering last Sunday, supposedly due to Teoh's death. What happened was that some of the speakers touched a bit on Teoh's death, and a whole lot about other things. That was really using Teoh's untimely death to their political advantage.

I actually agree with a colleague who said that even if there such a gathering, it should have been to pray for Teoh and his family who are in pain along with the nation as a whole.

Please give the Royal Commission all the cooperation, space and time to do their work. We asked for it, let it work.

Saturday, July 18, 2009

CCTV - MACC Part II

Having read all the responses on the blog and the media, I have come to the following preliminary conclusions:-

i. CCTV is a must. That would help to objectively answer many questions and even put those interrogating in check. This will curb any abuses of power and even assist authorities to clear their names when unfairly accussed by parties out to get cheap publicity.

ii. MACC must re-look at their policies and guidelines when interrogating or questioning a witness or suspect. I can understand the concern that a suspect or an unfriendly witness could possibly destroy evidence or even get threatened by certain parties if any questioning is stopped half way and the witness is allowed to go home, but authorities might want to consider other methods or approaches to ensure the integrity and safety of the witness. A crazy idea might include putting the witness at an undisclosed location for rest before restarting the next morning.

iii. I have to record my appreciation to TS Koh Tsu Koon for visiting the family on behalf of the Government. At the same time, I am happy that DS Najib himself had sent his condolences to the family and promised along with DS Hishammuddin to instruct the police to investigate thoroughly. And as DS Hishammuddin said, he will personally attend to the case.

iv. Stop blaming MACC. Let the authorities do their work and investigate. 4 pathologists (2 from UMMC, 1 from subang Medical, 1 from Klang hospital) are involved in the autopsy. Let them do their work. I was told that TS Khalid Ibrahim and YB Gobind Singh Deo got into a shouting match with each other at the mortuary yesterday. Only family members are allowed to see the deceased whilst YB Gobind is not one. On this matter, I agree and applaud TS Khalid for being objective and allowing the pathologists and staff do their work.

v. Oppostion leaders should allow the authorities do their work and stop fanning the already highly charged emotions. I am told that opposition will try to use this issue as much as possible to divert attention from the problems that they are facing. Heartless but that is what I had heard.

vi. The authorities should state a timeline how long the whole investigation process might take and provide updates periodically.

I am also happy that MACC has stated that it will go on with its investigations on the case including several other State Assemblymen. Whilst what happened to the late Teoh is most regrettable and heart wrenching, this should not stop MACC from continuing its primary duty.

At the same time, I urge MACC to inform the public, as long it does not affect investigations, whether it has initiated investigations on several cases including DS Khir Toyo, his boys and the PKFZ financial scandal. These cases directly affect MACC's integrity and reputation in the eyes of the public. In fact, I believe this is one of the best way for DS Khir Toyo and whoever else implicated along with him and the PKFZ scandal to clear their names if they are not involved or have done nothing wrong.

On another note, my heart goes out to Teoh's fiancee and their unborn child. I am happy that she is continuing with her pregnancy. May Teoh's legacy and spirit live through the child.

Friday, July 17, 2009

CCTV

I was sad and shocked when I heard the news that Mr Teoh Beng Hock, who was the political secretary to YB Ean Yong Hian Wah, was found dead on the fifth floor of Plaza Masalam yesterday.

Now, I do not want to use this forum to question what had happened preceeding to his death. At this point in time anyone and everyone might have a theory of his own . I have heard of both the suicide and murder theories. One said he committed suicide because he could not take the pressure of how long and how tough the questioning was, another of how he committed suicide out of shame and to restore honour to his family. Or the murder theory where he was murdered to keep information being spilled out to the MACC.

However, all these remain theories and as far as I am concerned, the correct secret will be kept forever in his grave. All these theories are nothing more but coffee shop talk.

I would however like to point out the harsh fact that the MACC office does not have a CCTV monitoring system. And as Mr Teoh’s body was found by a cleaner, I wonder if the building itself has a CCTV system.

I urge the MACC to ask for allocation to install CCTV in all its offices around the country. This would ensure:-

i. The monitoring and recording of the suspect’s / witness’ movement around the MACC office;
ii. The monitoring of any unusual activities or movements within its premises to ensure that it is free from all or any allegations of misjustice;

I would also like the Government to introduce a law that requires all buildings to be fitted with a CCTV monitoring system. I wish to argue that in doing so, many activities, crimes and such can be curbed and prevented.

A CCTV monitoring system would provide answers to many questioned left unanswered.

Ahmad Ikmal Ismail
Naib Ketua UMNO Jerai

Program di Bt 2, Gurun



Baru-baru ini saya menghadiri sesi ramah mesra dan dialog bersama Persatuan Belia Batu 2 dan masyarakat kampung di sana. Alhamdulillah, ramai yang telah hadir. Saya juga seronok kerana Belia di kawasan ini nampaknya aktif dan kukuh.
Bersama saya adalah Pemangku Pegawai Belia Kuala Muda, Pak Su Ismail (Ketua Cawangan), Pn Azizah (AJK Bahagian dan Wanita) serta Pengerusi Belia Bt 2, Sdr Azwan yang dilantik semula. banyak perkara yang telah dibincangkan termasuk masalah kampung, program-program yang ingin dilakukan, isu-isu semasa di Kedah dan Malaysia.
Saya doakan Persatuan Belia terus maju dan kampung Bt 2 menjadi kukuh dan mantap serta maju kehadapan.

Saturday, July 11, 2009

DRAMA MINGGU INI

DARIPADA SEORANG KAWAN - seronok dengar cerita dia ni


Penerbit

PR PRODUCTIONS


Penulis Skrip dan Pengarah Dan Produser Dan sebagai-sebagainya (yang ni gila kuasa sikit)

ANWAR BIN IBRAHIM aka AL JUBxxx


Pelakon Utama

AZIZAN RAZAK
LIM KIT SIANG


Pelakon Sokongan Utama

1. THOMAS SU
2. Itu sorang wakil rakyat itu parti tupperware


Pelakon Tambahan Ramai sangat. Semua nak jadi pelakon dalam PR Productions ni. Dan semua dalam PR productions ni ingat depa hensem, cantik dan pandai berlakon.


Mari! Mari! Buat kali keberapa puluh kalinya, PR Productions mengeluarkan Drama Minggu Ini. Dan kali ini lokasi drama di Kedah pula lepas berdrama di Pulau Pinang dan siri Drama yang tak habis lagi di Perak pasal Nizar dan kuncu-kuncunya masih nak berdrama.

Konon bergaduh keluar pakatan pasal tak sehaluan. Kutuk PAS konon bersifat perkauman dan tak kisah pasal rakyat minoriti. Wakil Rakyat dia yang sorang juga umum jadi bebas konon dan tak nak duduk sama dengan PAS – akan berpihak dengan yang benar konon!!!!!

Tapi datang pelakon utama parti tupperware duduk sembang minum kopi 30 minit dekat KL dengan pelakon utama parti PAS, maka selesailah masalah yang dah setahun lebih sehingga parti Tupperware ni keluar PR Productions. Maka masuklah balik parti Tupperware ni dalam PR Productions. Dan wakil Rakyat yang kononnya akan berdiri dengan pihak benarpun dan dah declare putus dengan PR Productions,maka baliklah ke PR Productions dan bercakaplah ikut balik PR ni (benar tak benar lain cerita). YB ada dapat apa-apa ka?

Maka berakhirlah Drama Minggu Ini. Tunggu dan lihat Penulis Skrip nak tulis skrip dekat mana pula. Hanya kena tunggu kejap pasal dia tengah sibuk sikit kes al Juburi dia.

PPSMI - adakah kita bertindak betul?

Dengan pemansuhan PPSMI, ke manakah anak-anak muda kita dalam isu:-

i. Pekerjaan. Rata-rata ramai majikan yang saya temui mengeluh mengenai penguasaan Bahasa Inggeris oleh pekerja-pekerja baru mereka. Ramai yang langsung tidak boleh berBahasa Inggeris yang menyebabkan mereka malu.

ii. Penguasaan ilmu baru dalam sains dan teknologi. Di dalam dunia kini, banyak penyelidikan yang sedang dijalankan. Saban hari, penemuan-penemuan baru di dalam pelbagai bidang di siarkan di dalam jurnal – jurnal antarabangsa yang ditulis di dalam Bahasa Inggeris. Bagaimana para “saintis” kita di Malaysia yang dilatih hanya di dalam Bahasa Malaysia akan faham secara terperinci dan sepenuhnya apa yang ditemui. Dan jikalau para “ saintis” kita tidak memahaminya kerana bahasa sains dan teknologi ini adalah dalam Bahasa Inggeris, bagaimana mereka boleh mengaplikasikan penemuan ini untuk kebaikan kita semua.

iii. Menjalankan perniagaan di peringkat antarabangsa. Betapa ruginya kita kerana usahawan-usahawan kita tidak pandai berBahasa Inggeris. Terpaksa menggunakan penterjemah.

iv. Mendalami sesuatu ilmu. Kita harus terima bahawa lingua franca dunia adalah Bahasa Inggeris. Jikalau anak-anak muda kita tidak dapat mengusai Bahasa Inggeris, bagaimana mereka ingin meningktkan lagi ilmu mereka?

v. Menggunakan komputer secara berkesan dan mendalam. Lebih dari 95% Bahasa Komputer atau Bahasa Teknikal adalah dalam Bahasa Inggeris . Pernah dulu ada individu telah mencadangkan kepadajawatankausa Penguasaan ilmu IT untuk menterjemah Bahasa computer kepada Bahasa Malaysia. Cadangan tak masuk akal.

Dengan pelaksanaan PPSMI, kita tidak akan:-

i. Melupakan asal-usul atau bangsa kita kerana kita belajar atau bertutur dalam Bahasa Inggeris. Saya mencabar sesiapa menamakan sesorang individu yang melupakan asal-usul atau bangsanya kerana dia belajar Bahasa Inggeris. Mungkin kerana dia tidak di dedahkan kepada asal-usulnya, atau ibu bapanya tidak mengajar beliau mengenai agamanya atau kelaurganya, tetapi tidak pernah kerana seseorang itu belajar dan bertutur dalam Bahasa Inggeris.

ii. Pada masa sama, tidak pernah satu bangsa hilang identiti bangsa kerana belajar atau bertutur dalam Bahasa Inggeris. Sekali lagi, saya mencabar sesiapa untuk membuktikan pada saya sebaliknya.


Jikalau kita meneruskan dengan dasar PPSMI, kita akan:-

i. Memahami dan berjaya di dalam pelaksanaan PPSMI kalau kita meneruskan polisi ini dengan beberapa pembetulan dan pengukuhan kepada pelaksanaan dasar ini. Antara yang boleh dicadangkan termasuk:-
- Mengkhususkan beberapa (4/5) buah Institut Latihan Guru untuk melatih dan mengajar guru pelatih di dalam Bahasa Inggeris serta untuk PPSMI.
- Melebihkan lagi masa pengajaran Bahasa Inggeris.
- Menjadikan Bahasa Inggeris Bahasa wajib lulus. Ini akan memastikan semua pihak termasuk Kementerian, sekolah dan murid lebih tekun untuk mnegajar dan belajar. Lebih banyak system sokongan juga patut disediakan untuk menjayakan pengwajiban ini.
- Memberi perhatian khusus dengan menghantar guru-guru pakar keluar Bandar, memberi peruntukan latihan lebih kepada luar Bandar dan sebagainya.

ii. Dapat pastikan anak-anak muda kita dapat pekerjaan yang bagus dan gaji yang lumayan. Pada masa sama, memantapkan lagi jentera utama penggerak ekonomi negara.

iii. Berjaya menjadi satu bangsa dan negara pencipta di dalam bidang sains dan teknologi, bukan sahaja satu negara yang mengambil ciptaan orang lain dan di aplikasikan / digunakan di negara kita.

iv. Dapat lapisan anak muda yang akan menjadi penggerak utama kepada kemajuan ekonomi negara yang pandai bukan sahaja di dalam Bahasa Inggeris tetapi Bahasa Sains dan Teknologi.

v. Dapat duduk sama rendah berdiri sama tinggi di persada dunia tanpa perlu menggunakan menggunakan penterjemah.

Satu contoh yang ketara dan baru adalah apabila tidak satupun Universiti kita berada di dalam 200 teratas di dunia ini mengikut kajian dari THES. Antara faktor utama untuk THES rujukan jurnal penyelidikan oleh penyelidik lain seluruh dunia. Tiada penyelidik lain yang ingin merujuk kepada penyelidikan-penyelidikan yang dibuat oleh saintis Malaysia kerana kebanyakannya adalah dalam Bahasa Malaysia. Saintis-saintis Malaysia juga tidak dapat berinteraksi dengan baik dengan saintis-saintis seluruh dunia kerana tidak pandai bertutur Bahasa Inggeris dengan fasih.

Penguasaan Bahasa Inggeris bukan akan merosakkan bangsa kita, malah akan meningkat lagi martabat anak bangsa kita.

Saya juga telah menulis beberapa artikel mengenai PPSMI termasuk cadangan pelaksanaan yang mengukuhkannya. Yang mana yang ingin tahu lebih, bolehlah merujuk kepada posting posting lama.

Sedih. Geram. Takut untuk masa depan anak-anak kita.

Wednesday, July 1, 2009

Anak Muda ke IPTA






Hujung minggu lepas saya telah menghadiri majlis kesyukuran dan pemberian saguhati kepada pelajar-pelajar lepaan STPM yang berjaya masuk ke IPTA-IPTA bagi tahun 2009 bagi zon Pekan Sg Limau.
Saya amat berbangga dan tumpang gembira kerana ramai anak-anak muda yang berjaya untuk masuk ke UM,UIA, UKM,UPSI , UUM, UiTM dan sebagainya. Ketua Cawangan dan AJK kawasan telah mengadakan bacaan Yasin dan doa untuk mendoakan kejayaan mereka semua.
InsyaAllah, berkat doa ibu bapa dan masyarakat termasuk niat ikhlas serta usaha gigih anak-anak muda ini akan berjaya di dalam pengajian mereka. Saay berharap mereka akan kembali ke kampung masing-masing dan membantu pula adik-adik serta jiran mereka untuk juga berjaya masuk ke Universiti seperti mereka.
Tahniah dan ucapan terimakasih tidak terhingga kepada ibu bapa pelajar-pelajar ini. Berkat doa dan sokongan yang mereka berikan kepada anak merekalah yang kini membuahkan hasil dengan anak-anak mereka masuk ke IPTA.
Saya doakan mereka berjaya.